Monday, October 10, 2011

Lawatan Sambil Belajar Tunas Putri Tahun 2011

Pasukan Tunas Putri sekolah yang aktif telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Gunung Ledang pada 8 Oktober 2011. Di bawah perancangan baik Ketua Guru Penasihat,Puan Chong Kim Fong dan penasihat Cikgu Wong Siew Lean, program dijalankan dengan lancar dan menyernokkan. Sebelum mendaki gunung, seramai 110 orang peserta diagihkan kepada 4 kumpulan. Semasa menjelajahi hutan, juru pandu yang berilmu dan berpengalaman telah memperkenalkan pelbagai jenis tumbuhan yang berharga dalam hutan. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat mengenali tumubuh-tumbuhan secara mendalam. Selepas itu, murid-murid bermandi-manda di air terjun yang berhampiran.Guru-guru pengiring menjaga murid-murid di tepi air terjun sambil berkelah di sana. Destinasi yang seterusnya ialah melawat ke kilang makanan dan minuman. Murid-murid berasa gembira dan seronok.

Taklimat ringkas
Pengagihan kumpulan
Kumpulan yang dipimpin oleh Guru Besar Puan Soo seow Yong.
Bermandi-manda di kolam air terjun
Sejuknya air, seronok berendam di dalamnya.
Ceramah khasiat makanan