Saturday, February 12, 2011

Larian Perdana Mahkota 2011

Program Larian Perdana Mahkota 2011 telah diadakan serentak dengan semua sekolah di negeri Johor pada 12 Januari 2011.Program tersebut dijalankan di padang sekolah. Pada hari tersebut, cuaca cerah dan suasana ceria. Seramai 1033 orang peserta termasuk semua guru, murid-murid Tahap II, dan ibu bapa telah mengambil bahagian dalam program tersebut. AJK PIBG turut hadir untuk memberi sokongan moral. Program dijalankan dengan lancar dan berjaya kerana mendapat kerjasama daripada guru-guru yang dedikasi, murid-murid dan sokongan masyarakat.

Murid-murid Tahap II yang mengambil bahagian dalam aktiviti Larian Perdana Mahkota 2011 berhimpun di padang sekolah.

AJK PIBG dan para ibu bapa yang turut mengambil bahagian menunggu di koridor
Blok H.

Puan Soo Seow Yong memberi ucapan dalam upacara ringkas.

Timbalan PIBG SJKC Kulai1,Encik Lee Kok Fai memberi ucapan.

Murid-murid menjalankan aktiviti senamrobik.

En Lee Kok Fai dijemput mengipaskan bendera untuk memulakan aktiviti
Larian Perdana Mahkota.

Murid-muird mula bergerak dengan iringan guru-guru.

Guru-guru dan murid-murid gembira menyertai aktiviti Larian Perdana Mahkota.

Pn Soo, AJK PIBG, pengawal sekolah serta pegawai polis membantu mengawal lalulintas
dan menjaga keselamatan murid-murid.

Pegawai-pegawai polis yang dedikasi membantu pihak sekolah menjaga keselamatan murid.

Murid-murid dan cikgu-cikgu pengiring menikmati keseronokan aktiviti.

Guru-guru dan murid-murid berasa seronok menyertai aktiviti.

Ibu bapa juga turut menyertai aktiviti.

kami juga berjaya!

Kemeriahan suasana di tengah jalan ketika bertemu dengan peserta-peserta SK Kulai 1.

Kami berjaya merealisasi Dasar 1M1S.

Peserta-peserta berlalu di Kampung Baru Kulai.

Meneruskan perjalanan.

Berasa lega selepas melaksanakan tugas dengan bertungkus lumus.