Saturday, November 20, 2010

Hari Keluarga - Lawatan Ke Sungai Lembing dan Kuantan Pahang

Kelab staf SJK ( C ) Kulai 1 telah mengadakan lawatan ke Sungai Lembing dan Kuantan, Pahang pada 5 dan 6 November 2010. Aktiviti tersebut diadakan sebagai aktiviti Hari Keluarga untuk ahli-ahlinya. AJK PIBG juga diajak pergi bersama. Kira-kira seramai 120 orang ahli dan ahli keluarga masing-masing serta AJK PIBG telah mengambil bahagian. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan untuk rombongan ini. Terdapat juga ahli-ahli yang memandu sendiri. Destinasi yang telah dikunjungi ialah Teluk Cempedak, tokong-tokong, kilang mi mini, Bukit Pancing, Bukit Lembing, Muzium Sg.Lembing dan lain-lain lagi. Aktiviti ini telah menyediakan peluang yang baik kepada semua ahli dan keluarga mereka serta AJK PIBG berinteraksi secara mesra dan ceria. Hubungan erat yang terjalin antara semua pihak bermanfaat kepada keharmonian dan kesejahteraan semua.

Kami doakan : " World Peace !"

Gua Bukit Pancing

Pameran dalam Muzium Sg.Lembing


Garam galian



Mengabadikan kenangan manis

Monday, November 8, 2010

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan Bagi Murid-murid Tahun Enam 2010 (8) – Program Interaksi Pendidikan

Rombongan Lawatan Sambil Belajar dari Universiti Chuo, Tokyo, negeri Jepun telah mengunjungi SJK ( C ) Kulai 1 pada 2 November 2010. Rombongan tersebut yang diketuai oleh Profesor Morimo telah memilih SJK ( C ) Kulai 1 sebagai salah satu destinasi kajian pendidikan untuk penuntut-penuntut universitinya. SJK ( C ) Kulai 1 menyambut rombongan tersebut dengan tangan terbuka. Program Interaksi ini bukan sahaja memberi peluang pendedahan kepada anak-anak murid Tahun 6 untuk mengenali budaya dan pendidikan di negeri Jepun, malah juga menyediakan peluang keemasan untuk pihak sekolah mempromosi keunikan budaya, makanan, pendidikan dan keindahan negara yang tercinta.
Tetamu dari negeri Jepun bergambar dengan Puan Soo Seow Yong dan pasukan tarian singa.


Murid-murid memberi tepukan gemuruh sebagai sambutan kepada tetamu yang datang dari jauh.


Puan Soo Seow Yong memberi ucapan.


Profesor Morimo memberi ucapan.


Puan Yong Siew Leng memberi penerangan ringkas mengenai sistem pendidikan dan sukatan pelajaran di Malaysia.


Dengan megah memperkenalkan makanan 1 Malaysia kepada tetamu dari Timur.


Seorang wakil rombongan lawatan sambil belajar memberi penerangan ringkas mengenai aktiviti-aktiviti seharian murid-murid sekolah rendah di negeri Jepun.


Murid-murid menikmati keseronokan bermain alat permainan tradisional kanak-kanak negeri Jepun


Profesor Morimo menghadiahkan alat permainan tradisional kanak-kanak negeri Jepun kepada SJK ( C ) Kulai 1.


Penari-penari Tiong Hua , Melayu dan India bergambar dengan Guru Besar dan para tetamu Jepun.



Pentadbir sekolah dan para guru SJK ( C ) Kulai 1 bergambar dengan tetamu .


Malaysia bagus! Pulang dengan ilmu dan kenangan manis.