Thursday, June 30, 2011

Ceramah Menjaga Kesihatan Mata

Ceramah Menjaga Kesihatan Mata anjuran Kiwanis Club Of Kulai telah diadakan pada 29 Jun 2011.Dalam program ini, sebanyak 50 pasang cermin mata percuma telah diberikan kepada murid-murid miskin.

Ceramah menjaga kesihatan mata.

Mengambil gambar untuk kenangan.

Lawatan Kartunis Terkenal Dan Krew Majalah Ke Sekolah

Kartunis terkenal,En.You Li dan krew majalah kanak-kanak Ge-Mei Liang telah melawat ke sekolah dan membuat liputan mengenai sekolah. Bahan bacaan tersebut amat digemari oleh murid-murid sekolah rendah. Isi kandungan majalah tersebut padat dan juga menarik.Ketibaan mereka disambut hangat oleh pihak sekolah,guru-guru dan murid-murid.

En.You Li menadatangani buku pelawat sekolah.
Krew majalah kanak-kanak telah menemu ramah Pn.Soo Seow Yong.
Bergambar bersama peminat-peminat dewasa.
Bergambar bersama peminat-peminat nombor 1.
En.You Li mengambil gambar murid-murid.
Gembira bersama idola.
Mengadakan aktiviti di dewan.
Penyampaian cederamata - kaligrafi Cina bekas tangan Cikgu Loh Zheng Tao.
Pemberian bekas tangan sebagai kenangan.

En.You Li menyampaikan derma RM500 kepada PIBG sekolah.

Kebanggaan Sekolah

Setelah merancang dan melatih pemain-pemain bola tampar pasukan sekolah dengan tungkus lumus,akhirnya pasukan bola tampar sekolah berjaya menggondol Johan dalam pertandingan bola tampar Lelaki Bawah 12 dan perempuan bawah 12 peringkat Daerah.;Naib Johan untuk kedua-dua kategori peringkat Negeri. Atas kejayaan tersebut, dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan telah dipilih untuk mewakili pasukan negeri Johor untuk Kejohanan Bola Tampar MSSM. Pasukan kategori perempuan berjaya mendapat Naib Johan dalam pertandingan tersebut. Kejayaan ini hasil daripada pimpinan Guru Besar, Pn.Soo yang begitu mengambil berat tentang perkembangan murid-murid dari segi akademik dan kokurikulum. Cikgu Lim Yuh Woei, Cikgu Lieu Fei Ying dan Cikgu Zheng Wei Wen juga memberi sumbangan yang besar dalam kejayaan ini. Syabas dan tahniah kepada pasukan bola tampar sekolah! semoga terus berusaha untuk mencipta sejarah!

Johan MSSD dan Naib Johan MSSJ.
Wakil negeri kategori L12 MSSM Tahun 2011
Johan MSSD dan Naib Johan MSSJ.

Wednesday, June 29, 2011

Temasya Sukan Tahun 2011

Temasya Sukan Tahunan sekolah telah dilangsungkan pada 25 Jun 2011. Pada hari tersebut segala aktiviti dijalankan dengan lancar. Suasana pada hari tersebut meriah kerana ibu bapa, AJK PIBG dan AJK Lembaga Pengurus SJK( C ) Kulai 1 & 2 turut hadir. Penyelian Sukan Daerah Kulaijaya, Encik Abdull Talib juga hadir untuk menyaksikan pelancaran Temasya Sukan Tahunan. Beliau berasa puas hati kerana pihak sekolah dapat menjalankan program seperti mana yang telah dirancangkan. Sebelum majlis penutupan, hujan turun dengan lebatnya. Justeru, majlis penutupan telah diadakan di dewan sekolah. Guru Besar, Pn.Soo Seow Yong merakamkan penghargaan beliau kepada semua pihak yang turut membantu untuk mencapai kecemerlangan kokurikulum sekolah. Beliau juga memberi rangsangan kepada semua murid sekolah supaya terus berusaha untuk mencipta kecemerlangan pada masa depan dan tidak terhenti setakat pencapaian cemerlang kini.Pn.Soo berharap agar murid-murid juga harus membina sahsiah yang terpuji melalui aktiviti kokurikulum. Yang Dipertua PIBG, Encik Lim Oon Jin dalam ucapan beliau menyeru dan menggalakkan para peserta sukan supaya mengesan bakat dan potensi diri dalam bidang sukan seterusnya mengambil kesempatan yang ada untuk menceburi dalam bidang sukan dan dijadikan sebagai kerjaya masa depan. Dalam ucapan penutupan majlis, Pengerusi Lembaga Pengurus SJK ( C ) Kulai 1&2,Encik Cheng Shiaw Swie berpesan kepada para peserta supaya jangan berputus asa sekiranya gagal dan tidak juga berlagak sombong sekirannya menang. Beliau dengan murah hati telah memberi ganjaran wang tunai yang lumayan kepada dua orang pemain bola tampar perempuan yang berjaya mendapat Naib Johan dalam Kejohanan Bola Tampar MSSM Tahun 2011. Majlis bersurai pada 12.45 petang. Pasukan Rumah Merah telah berjaya menjuarai pertandingan Temasya Sukan Tahunan 2011. Tahniah dan syabas kepada semua yang telah berjaya!

Temasya Sukan Tahunan 2011.
Membuat persediaan awal.
Para juruacara yang berbakat.
Trofi-tropi dan pingat-pingat yang bakal dimenangi.
Pasukan Rumah Merah.
Pasukan Rumah Kuning.
Pasukan Rumah Biru.
Pasukan Rumah Hijau.
Acara lumba lari 100m perempuan.
Acara lumba lari 100m lelaki.
Menuju ke garisan penamat.
Stesen mencatat.
Taklimat ringkas.
Acara 4x 100 meter perempuan.
Acara 4 x 100 lelaki.
Penyokong Pasukan Rumah Merah.
Penyokong Pasukan Rumah Hijau.
Lekas....sambut baton....
Sakit otot? Biar cikgu urut...sakit lagi tak?
Tarik...tarik....
Penyelia Sukan PPD Kulaijaya,Encik Abdull Talib menyampaikan pingat kepada para pemenang.
Pn.Soo menyarungkan pingat kepada pemenang-pemenang sambil memberi kata rangsangan.
YDP PIBG,Encik Lim Oon Jin menyampaikan pingat kepada para pemenang.
Timbalan YDP PIBG,Encik Lee kok Fui menyampaikan pingat kepada para pemenang.
AJK PIBG,Pn Wong Yin Ying menyampaikan pingat kemenangan.
AJK PIBG, Encik Yu Zi Long menyampaikan pingat kemenangan.
AJK Lembaga Pengurus SJK ( C ) Kulai 1&2 menyampaikan pingat kemenangan.
AJK PIBG, Encik Zhang Fu You menyampaikan pingat kemenangan.
Para tetamu jemputan khas dan pentadbir sekolah .
Puan Soo Seow memberi ucapan.
Pasukan Rumah Merah berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam temasya sukan tahunan 2011.
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Rumah Merah!


Pengerusi Lembaga Pengurus En.Cheng Shiaw Swie,Guru Besar Pn.Soo Seow Yong dan YDP PIBG,En.Lim Oon Jin bergambar dengan dua orang pemain bola tampar wakil sekolah.