Monday, August 30, 2010

Perhimpunan Menyambut Hari Kemerdekaan-1 Malaysia Menjana Transformasi

Seperti tahun-tahun yang lepas,pihak sekolah tidak akan ketinggalan mengadakan Perhimpunan Menyambut Hari Kemerdekaan. Pada tahun ini, perhimpunan tersebut telah diadakan pada 30 Ogos 2010. Tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk memupuk semangat cintakan negara dan semangat 1 Malaysia yang dapat menpereratkan lagi perpaduan antara berbilang kaum. Semoga nilai-nilai murni ini dapat disemai dalam hati sanubari anak-anak murid sejak mereka kecil lagi. Perhimpunan Menyambut Hari Kemerdekaan dijalankan dengan lancar dan ceria.






Sunday, August 29, 2010

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang

MCA Bahagian Kulaijaya telah mengadakan Kempen Kibarkan Jalur Gemilang pada 26 Ogos 2010 untuk menyambut Hari Kebangsaan yang ke-53. Dalam majlis ringkas tersebut, pengerusi MCA Bahagian Kulaijaya, Encik Tan Ek Seng menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya menghargai semangat perpaduan antara kaum yang telah terjalin selama ini. Beliau juga mengingatkan rakyat-jelata agar mengamalkan sikap hormat-menghormati dalam negara yang berbilang kaum ini. Selepas berucap, beliau menyampaikan Jalur Gemilang kepada para hadirin jemputan yang terdiri daripada wakil-wakil sekolah, wakil-wakil persatuan komuniti, wakil-wakil tokong dan lain-lain lagi. Suasana pada hari tersebut diselubungi semangat cintakan negara yang membara.


Baris pertama,ke-4 dari kanan ialah Pn.Soo Seow Yong,
di sebelah kanan beliau ialah Pn.Lam Mee Wong.

Rawatan Gigi Dan Ceramah Menjaga Kesihatan Gigi

Jabatan kesihatan Kulaijaya telah menghantar satu unit perawatan kesihatan ke sekolah untuk merawat gigi dan memberi ceramah menjaga kesihatan gigi kepada murid-murid pada 23 Ogos 2010 hingga 27 Ogos 2010. Unit ini diketuai oleh ketua jururawat pergigian,Pn.Cheong dan dua orang jururawat pergigian iaitu Pn Fatimah dan Pn Zaeti. Mereka dibantu oleh tiga orang pembantu perawatan kesihatan iaitu Pn Siti Aminah, Pn Noraini dan En Fahdli. Mereka telah memberi perkhidmatan rawatan gigi selama seminggu di sekolah.
"aaa....buka mulut adik, nanti misi periksa.."

Ceramah menjaga kesihatan gigi.

"Adik-adik sekalian, gosok gigi macam ini barulah betul..., faham ?"

"Ambillah ubat gigi dan berus ini, nanti gosok gigi dengan rajin!"

"Murid-murid, sila ambil perhatian, cikgu akan terangkan cara-cara menjaga kesihatan gigi.

Tuesday, August 10, 2010

Majlis Perasmian Bangunan Baru

Pada 8 Ogos 2010, hari yang berbahagia, Jemaah Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2 telah mengadakan majlis perasmian bangunan baru yang bertingkat tiga dan mempunyai 16 buah bilik darjah,sebuah bilik mesyuarat dan sebuah bilik tarian. Ahli Parlimen Kawasan Kulaijaya telah dijemput untuk merasmikan bangunan baru ini. Setelah bertungkus lumus melancarkan aktiviti-aktiviti mengutip derma secara besar-besaran pada tahun 2009, berkat sokongan padu daripada semua pihak dan masyarakat tempatan dan luar, pihak Jemaah Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2 berjaya mengutip derma yang cukup untuk membina sebuah bangunan baru di halaman sekolah SJK ( C ) Kulai 1 & 2. Ahli Parlimen Kawasan Kulaijaya, Tan Sri Ong Ka Ting telah memberi sumbangan yang besar dalam kejayaan ini. Beliau berjaya mengutip derma berjumlah RM 800,000.00 daripada dermawan-dermawan tempatan. Beliau begitu peka dan prihatin terhadap keperluan masyarakat dan pendidikan anak bangsa. Sumbangan yang beliau curahkan memberi manfaat yang tidak terhingga kepada masyarakat , bangsa dan negara. Sehubungan itu, pihak jemaah pengurus dengan sebulat suara menamakan bangunan baru ini sempena nama beliau untuk mengenang jasa beliau. Upacara perasmian dijalankan dengan lancar. Suasana majlis meriah dan ceria.


Pandangan luar bangunan baru yang telah siap dibina.


Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian Bangunan Baru.
“Kami sudah bersedia!”


“Selamat datang Tan Sri!”


Kedatangan YB Tan Sri Ong Ka Ting disambut hangat oleh pasukan tarian singa
SJK ( C ) Kulai 1.


Para tetamu jemputan hadir tepat pada masanya. Suasana majlis meriah dan ceria.


Persembahan tarian tradisional murid-murid SJK ( C ) Kulai 1.


YB Tan Sri Ong Ka Ting memberi ucapan.


Tan Sri Ong Ka Ting menyerahkan cek derma ikhlas yang bernilai RM100,000 daripada Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng dan RM50,000 daripada S.P Setia Foundation kepada Encik Cheng Shiao Swie JP,PIS.


Pengerusi Jemaah Pegurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2,Encik Cheng Shiao Swie JP,PIS menyampaikan cenderahati kepada YB Tan Sri Ong Ka Ting diiringi oleh Encik Chen Kin Sin,PIS.


Upacara perasmian bangunan baru.


Pembukaan tirai bangunan baru.


YB Tan Sri diiringi oleh para tetamu jemputan melihat keadaan bangunan baru.


YB Tan Sri diiringi oleh Encik Cheng Shiao Swie JP,PIS ,Puan Soo Seow Yong, Encik Lim Oon Jing dan Encik Chen Kin Sin PIS melihat keadaan di tingkat bawah.

Majlis Persaraan Encik Foo Kok Kuan

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SJK(C) Kulai 1, Encik Foo Kok Kuan bersara pada 2 Ogos 2010 setelah berkhidmat selama 38 tahun dalam bidang pendidikan, Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan untuk beliau pada 30 Julai 2010. Pada hari yang bersejarah bagi beliau, selain anak-anak murid, rakan-rakan sejawat, isteri kesayangan, semua GPK Pentadbiran Daerah Kulai serta Penolong PPD Daerah Kulai, Tuan Hj Muhammad Salih juga turut hadir untuk meraikan persaraan beliau. Encik Foo telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang pendidikan. Dalam tempoh perkhidmatan, beliau berjaya mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 1997, 2003, 2005 dan 2008. Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, Tuan Hj Muhammad Salih telah menyampaikan sijil penghargaan kepada beliau. Upacara persaraan dilangsungkan dengan lancar dan meriah. Pada waktu malam, PIBG SJK(C) Kulai 1 telah mengadakan majlis makan malam perpisahan sebagai tanda penghargaan kepada Encik Foo yang menjalankan tugas dengan dedikasi dan cemerlang.


Encik Foo Kok Kuan menyampaikan ucapan dalam majlis persaraannya.


Penolong PPD Daerah Kulai, Tuan Hj Muhammad Salih menyampaikan sijil penghargaan kepada En.Foo Kok Kuan, disaksikan oleh Pn.Soo Seow Yong, En.Lim Onn Jing (Pengerusi PIBG) dan En.Cheng Shiaw Swie JP,PIS (Pengerusi Jemaah Pengurus).


Pn.Soo Seow Yong, selaku wakil Unit Pentadbiran SJK ( C ) Kulai 1 menyampaikan cenderamata kepada En.Foo Kok Kuan.


En.Foo bergambar dengan Pengerusi Kelab Staf SJK( C ) Kulai1, Pn.Tay Hoe Boon, Pengerusi PIBG dan Pengerusi Jemaah Pengurus setelah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada mereka.


Para hadirin dijemput naik ke pentas untuk meraikan hari lahir En.Foo.


En.Foo bergambar dengan warga SJK( C ) Kulai 1 sebagai kenangan.


En.Foo bergambar dengan Pn.Soo Seow Yong serta barisan GPK 1 Daerah Kulai untuk mengabadikan detik yang bersejarah bagi beliau.




Merakamkan detik-detik gembira bersama rakan-rakan sejawat.


Bendahari PIBG,Encik Lee Teck Yun menyampaikan cenderamata kepada Encik Foo.


Janganlah segan...terimalah sejambak bunga sebagai tanda kenangan.


Menyampaikan sebuah lagu untuk meluangkan isi hati saya!


Menyanyi sambil menari bersama rakan-rakan sejawat yang telah bersara." Marilah kita bersama-sama, menuju ke arah kehidupan bersara yang menarik, relax ,ceria dan bahagia!" "La..la..la..la..., bersara..lah kita, riang...,ria..., dan ‘merdeka’...!"