Tuesday, August 10, 2010

Majlis Perasmian Bangunan Baru

Pada 8 Ogos 2010, hari yang berbahagia, Jemaah Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2 telah mengadakan majlis perasmian bangunan baru yang bertingkat tiga dan mempunyai 16 buah bilik darjah,sebuah bilik mesyuarat dan sebuah bilik tarian. Ahli Parlimen Kawasan Kulaijaya telah dijemput untuk merasmikan bangunan baru ini. Setelah bertungkus lumus melancarkan aktiviti-aktiviti mengutip derma secara besar-besaran pada tahun 2009, berkat sokongan padu daripada semua pihak dan masyarakat tempatan dan luar, pihak Jemaah Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2 berjaya mengutip derma yang cukup untuk membina sebuah bangunan baru di halaman sekolah SJK ( C ) Kulai 1 & 2. Ahli Parlimen Kawasan Kulaijaya, Tan Sri Ong Ka Ting telah memberi sumbangan yang besar dalam kejayaan ini. Beliau berjaya mengutip derma berjumlah RM 800,000.00 daripada dermawan-dermawan tempatan. Beliau begitu peka dan prihatin terhadap keperluan masyarakat dan pendidikan anak bangsa. Sumbangan yang beliau curahkan memberi manfaat yang tidak terhingga kepada masyarakat , bangsa dan negara. Sehubungan itu, pihak jemaah pengurus dengan sebulat suara menamakan bangunan baru ini sempena nama beliau untuk mengenang jasa beliau. Upacara perasmian dijalankan dengan lancar. Suasana majlis meriah dan ceria.


Pandangan luar bangunan baru yang telah siap dibina.


Ahli Jawatankuasa Majlis Perasmian Bangunan Baru.
“Kami sudah bersedia!”


“Selamat datang Tan Sri!”


Kedatangan YB Tan Sri Ong Ka Ting disambut hangat oleh pasukan tarian singa
SJK ( C ) Kulai 1.


Para tetamu jemputan hadir tepat pada masanya. Suasana majlis meriah dan ceria.


Persembahan tarian tradisional murid-murid SJK ( C ) Kulai 1.


YB Tan Sri Ong Ka Ting memberi ucapan.


Tan Sri Ong Ka Ting menyerahkan cek derma ikhlas yang bernilai RM100,000 daripada Yayasan Tan Sri Lee Shin Cheng dan RM50,000 daripada S.P Setia Foundation kepada Encik Cheng Shiao Swie JP,PIS.


Pengerusi Jemaah Pegurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2,Encik Cheng Shiao Swie JP,PIS menyampaikan cenderahati kepada YB Tan Sri Ong Ka Ting diiringi oleh Encik Chen Kin Sin,PIS.


Upacara perasmian bangunan baru.


Pembukaan tirai bangunan baru.


YB Tan Sri diiringi oleh para tetamu jemputan melihat keadaan bangunan baru.


YB Tan Sri diiringi oleh Encik Cheng Shiao Swie JP,PIS ,Puan Soo Seow Yong, Encik Lim Oon Jing dan Encik Chen Kin Sin PIS melihat keadaan di tingkat bawah.