Tuesday, August 10, 2010

Majlis Persaraan Encik Foo Kok Kuan

Guru Penolong Kanan Pentadbiran SJK(C) Kulai 1, Encik Foo Kok Kuan bersara pada 2 Ogos 2010 setelah berkhidmat selama 38 tahun dalam bidang pendidikan, Pihak sekolah telah mengadakan Majlis Persaraan untuk beliau pada 30 Julai 2010. Pada hari yang bersejarah bagi beliau, selain anak-anak murid, rakan-rakan sejawat, isteri kesayangan, semua GPK Pentadbiran Daerah Kulai serta Penolong PPD Daerah Kulai, Tuan Hj Muhammad Salih juga turut hadir untuk meraikan persaraan beliau. Encik Foo telah berkhidmat dengan cemerlang dalam bidang pendidikan. Dalam tempoh perkhidmatan, beliau berjaya mendapat anugerah perkhidmatan cemerlang pada tahun 1997, 2003, 2005 dan 2008. Sebagai tanda penghargaan atas sumbangan beliau dalam bidang pendidikan, Tuan Hj Muhammad Salih telah menyampaikan sijil penghargaan kepada beliau. Upacara persaraan dilangsungkan dengan lancar dan meriah. Pada waktu malam, PIBG SJK(C) Kulai 1 telah mengadakan majlis makan malam perpisahan sebagai tanda penghargaan kepada Encik Foo yang menjalankan tugas dengan dedikasi dan cemerlang.


Encik Foo Kok Kuan menyampaikan ucapan dalam majlis persaraannya.


Penolong PPD Daerah Kulai, Tuan Hj Muhammad Salih menyampaikan sijil penghargaan kepada En.Foo Kok Kuan, disaksikan oleh Pn.Soo Seow Yong, En.Lim Onn Jing (Pengerusi PIBG) dan En.Cheng Shiaw Swie JP,PIS (Pengerusi Jemaah Pengurus).


Pn.Soo Seow Yong, selaku wakil Unit Pentadbiran SJK ( C ) Kulai 1 menyampaikan cenderamata kepada En.Foo Kok Kuan.


En.Foo bergambar dengan Pengerusi Kelab Staf SJK( C ) Kulai1, Pn.Tay Hoe Boon, Pengerusi PIBG dan Pengerusi Jemaah Pengurus setelah menyampaikan sumbangan ikhlas kepada mereka.


Para hadirin dijemput naik ke pentas untuk meraikan hari lahir En.Foo.


En.Foo bergambar dengan warga SJK( C ) Kulai 1 sebagai kenangan.


En.Foo bergambar dengan Pn.Soo Seow Yong serta barisan GPK 1 Daerah Kulai untuk mengabadikan detik yang bersejarah bagi beliau.




Merakamkan detik-detik gembira bersama rakan-rakan sejawat.


Bendahari PIBG,Encik Lee Teck Yun menyampaikan cenderamata kepada Encik Foo.


Janganlah segan...terimalah sejambak bunga sebagai tanda kenangan.


Menyampaikan sebuah lagu untuk meluangkan isi hati saya!


Menyanyi sambil menari bersama rakan-rakan sejawat yang telah bersara." Marilah kita bersama-sama, menuju ke arah kehidupan bersara yang menarik, relax ,ceria dan bahagia!" "La..la..la..la..., bersara..lah kita, riang...,ria..., dan ‘merdeka’...!"