Saturday, June 19, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Tanjung Sepat







Program lawatan sehari ke Tanjung Sepat anjuran Kelab Staf SJK( C ) Kulai 1 telah diadakan pada 28 Mei 2010. Rombongan ini diketuai oleh Puan Soo Seow Yong, Guru Besar SJK ( C ) Kulai 1. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga SJK ( C ) Kulai 1 untuk menenangkan fikiran malah dapat mengenali tempat pelancongan tempatan secara dekat. Tempat-tempat yang telah dikunjungi ialah dusun longan, dusun“buah naga”, kebun cendawan, kilang pau, kilang kerepek dan tokong Tua Pek Kong. Lawatan ini amat menyeronokkan.

Tuesday, June 15, 2010

Pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia dan UMNO Bahagian Kulai







Pertandingan mewarna anjuran Utusan Malaysia dan UMNO Bahagian Kulaijaya mendapat sambutan hangat daripada sekolah-sekolah rendah Kulaijaya.Peserta-peserta yang terdiri daripada murid-murid SK,SJKC dan SJKT telah mewujudkan suasana “Satu Malaysia” yang harmonis dan ceria. Aktiviti ini bukan sahaja dapat mencungkil bakat murid-murid malah dapat memupuk semangat “ Satu Malaysia”.
Murid-murid SJK ( C ) Kulai 1 telah memperoleh keputusan yang merangsangkan seperti yang berikut:
1. Tan Hui San 5A (Tempat ke-3 kategori A)
2.Yow Qi Ann 5A (Sagu Hati kategori A)
3.Ng Kha Yong 5B (Sagu Hati kategori A)
4.,Low You Teng 6B (Sagu Hati kategori A)
5.Celine Bon Yi Syuan 4A (Sagu Hati kategori A)
6.Ng Kha Xuan 3A (Tempat ke-2 kategori B)
7.Tan Shao Yet 3A (Sagu Hati kategori B)