Saturday, August 31, 2013

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2013

Guru-guru dan murid-murid menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2013 pada 30hb Ogos 2013 di dewan sekolah. Guru-guru dan murid-murid menyanyi lagu 1 Malaysia dan mengibarkan bendera Malaysia.

Guru besar Puan Soo Seow Yong menggunakan peluang ini untuk bertanya beberapa persoalan yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kepada semua murid. Murid-murid yang dapat menjawab dengan jawapan dengan betul boleh mendapat cenderamata daripada Puan Soo.

Semua guru dan murid berasa bangga dan gembira untuk menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2013.
















Thursday, August 29, 2013

Karnival Prasekolah Daerah Kulaijaya 2013

Prasekolah SJK C Kulai 1 telah menyertai Karnival Prasekolah Daerah Kulaijaya 2013.

Dalam acara Bijak Prasekolah Bahasa Inggeris, murid-murid dari Prasekolah SJK C Kulai 1 telah mendapat johan manakala bagi acara Bijak Prasekolah Bahasa Melayu mereka telah mendapat tempat kedua.




Murid-murid yang memenangi piala ialah (dari kiri) Wong Jin Xun, Chai Shao Heng, Dhania Izzati dan Nor Atikah bersama-sama dengan guru prasekolah Teh Swee Eng (kiri) dan guru besar SJK C Kulai 1 Puan Soo Seow Yong.




Murid-murid prasekolah melawat sambil belajar di zoo Johor Bahru.

Tuesday, August 27, 2013

Majlis Berbuka Puasa SJK C Kulai 1

Majlis Berbuka Puasa SJK C Kulai 1 telah dijalankan pada 25-7-2013 (Khamis) di dewan besar SJK C Kulai 1. Seramai 80 orang warga SJK C Kulai 1 (termasuk murid-murid Islam, guru-guru dan staf sekolah) telah menghadiri majlis tersebut.

AKTIVITI
     1.      Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat
     2.      Tadarus al-Quran
     3.      Kuiz Ramadhan
     4.      Pertandingan Mewarna
     5.      Sumbangan Anak yatim
     6.      Tabung Derma Ramadhan

     7.      Pertandingan Mencipta Kad Raya


    Menurut pengarah program iaitu Cikgu Nurul Pasihah Bte Hassan objektif  majlis ini adalah untuk memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid-murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Beliau turut berkata majlis ini boleh membentuk pelajar yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah dan melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

     Majlis bersurai pada pukul 8.30 malam.












Pertandingan 'Mandarin Star Battle NTV 7 2013'

Pihak sekolah SJK C Kulai 1 telah menghantar 3 orang peserta ke pertandingan 'Mandarin Star Battle NTV 7 2013'. Akhirnya murid-murid yang mewakili sekolah pun dapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.

3 orang peserta ini ialah: Soong Ting Yu, Tan Yong Xian dan Foo Wan Yun.

'Mandarin Star Battle NTV 7 2013' akan dipaparkan di NTV 7 setiap hari Ahad pada pukul 7 malam.



Thursday, June 27, 2013

Kem Motivasi Tahun 6 2013

Pihak sekolah SJK C Kulai 1 telah menjalankan kem motivasi tahun 6 pada 15hb Jun 2013 (Sabtu).













Cemerlang dan Terbilang daripada Murid-murid SJK C Kulai 1

Murid-murid SJK C Kulai telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan luar sekolah.


Dalam Pertandingan Bertulis Daerah Kulaijaya pasukan murid SJK C telah mendapat Johan dan dalam Pertandingan Syarahan Daerah Kulaijaya peserta telah mendapat tempat ketiga.



Dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan Daerah Kulaijaya, murid-murid telah berserta dalam pertandingan tarian dan mendapat tempat ketiga.



Lim Zi Heng dari tahun 5 telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita peringkat Zon Bandar Daerah Kulaijaya 2013. Lim juga mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita di Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Kulaijaya 2013.



Benjamin Ng dari tahun 3 telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan bercerita kreatif dalam Karnival Bahasa Cina peringkat Negeri Johor.




Chloe Racquelmae telah mewakili sekolah ke pertandingan syarahan Bahasa Inggeris peringkat Zon Bandar Daerah Kulaijaya 2013 dan mendapat saguhati.



Majlis Jamuan Hari Guru

Pihak sekolah SJK C telah mengadakan jamuan Hari Guru di Restoran Ji Guan pada 14 hari bulan Jun 2013 (Jumaat).




             Yang Dipertua PIBG Encik Chong Jenn Horng memberi ucapan.




            Guru Besar Puan Soo Seow Yong memberi ucapan beliau dalam majlis ini.



Acara Akur Janji Ahli-ahli PIBG SJK C Kulai 1 tahun 2013.




Pihak sekolah telah meanugerahi guru-guru yang berkhidmat di SJK C Kulai 1 lebih daripada 15 tahun.
 



Guru-guru yang tidak pernah mengambil cuti sakit pada tahun 2012 juga mendapat hadiah daripada pihak seolah.