Tuesday, August 27, 2013

Majlis Berbuka Puasa SJK C Kulai 1

Majlis Berbuka Puasa SJK C Kulai 1 telah dijalankan pada 25-7-2013 (Khamis) di dewan besar SJK C Kulai 1. Seramai 80 orang warga SJK C Kulai 1 (termasuk murid-murid Islam, guru-guru dan staf sekolah) telah menghadiri majlis tersebut.

AKTIVITI
     1.      Majlis Berbuka Puasa & Solat Hajat
     2.      Tadarus al-Quran
     3.      Kuiz Ramadhan
     4.      Pertandingan Mewarna
     5.      Sumbangan Anak yatim
     6.      Tabung Derma Ramadhan

     7.      Pertandingan Mencipta Kad Raya


    Menurut pengarah program iaitu Cikgu Nurul Pasihah Bte Hassan objektif  majlis ini adalah untuk memupuk semangat setia kawan dan berpasukan serta melahirkan murid-murid yang berketrampilan dan mempunyai disiplin yang tinggi. Beliau turut berkata majlis ini boleh membentuk pelajar yang prihatin dan mempunyai sifat ihsan melalui amalan sedekah dan melaksanakan ibadah puasa dengan sabar dan sempurna.

     Majlis bersurai pada pukul 8.30 malam.