Tuesday, April 23, 2013

Lawatan sambil belajar di Legoland 2013

Persatuan Pandu Puteri SJK C Kulai 1 telah membuat satu rombongan lawat sambil belajar  ke Legoland Malaysia. Ahli-ahli pandu puteri dan guru-guru pembimbing berasa gembira kerana ada peluang boleh melawat ke Legoland Malaysia.


















Pengarah Turun Padang

3 orang pegawai dari Jabatan Pelajaran telah melawat SJK C Kulai 1 pada 9hb April 2013 (Selasa). 3 orang pegawai mereka adalah Encik Ayatul Katuhan Bin Basemin, Pegawai PPD Teknologi Maklumat, Encik Suhaimi Bin Sharani @ Tan, Penyelia ICT dan Puan Hajah Maimunah Binti Samat, Penyelia Kanan Bahasa Malaysia Sektor Pengurusan Akademik  (JPN).

Mereka telah memantau guru-guru di dalam kelas, menyemak fail-fail sekolah dan melawat Bilik 'Galeri Sejarah' di dalam sekolah. Mereka juga berkongsi idea dalam persediaan fail-fail dan cara menjalankan waktu P&P yang lebih baik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang pegawai sudi menyumbangkan masa mereka di SJK C Kulai 1.












Sunday, April 21, 2013

Aktiviti Demostrasi Memadamkan Api 2013

SJK C Kulai 1 telah menjalankan aktiviti demostrasi memadamkan api pada hari Jumaat (19-4-2013). Pihak sekolah telah menjemput Pasukan Bomba Sukarela Kulai Besar untuk menjalankan demostrasi memadamkan api. Pasukan Bomba pun memilih 8 orang murid menjadi 'ahli-ahli pasukan bomba'. Murid-murid mengambil peluang ini berlatih cara penggunaan alat pemadam api.











Sunday, April 7, 2013

Aktiviti Perkhemahan Pasukan Pengakap SJK C Kulai 1

Pasukan Pengakap telah mengadakan aktiviti perkhemahan di sekolah selama 2 hari 1 malam.

Tema aktiviti perkhemahan ini adalah 'Cintai Bumi Kita'. Tujuan perkhemahan ini diadakan adalah untuk beri satu peluang kepada semua ahli pengakap SJK C Kulai berlatih menjadi seorang murid yang sanggup menghadapi cabaran dan memperkuat keyakinan diri sendiri.

Di bawah tema ini semua makanan yang disediakan tidak mengandungi daging (Vegetarian Style).