Tuesday, April 23, 2013

Pengarah Turun Padang

3 orang pegawai dari Jabatan Pelajaran telah melawat SJK C Kulai 1 pada 9hb April 2013 (Selasa). 3 orang pegawai mereka adalah Encik Ayatul Katuhan Bin Basemin, Pegawai PPD Teknologi Maklumat, Encik Suhaimi Bin Sharani @ Tan, Penyelia ICT dan Puan Hajah Maimunah Binti Samat, Penyelia Kanan Bahasa Malaysia Sektor Pengurusan Akademik  (JPN).

Mereka telah memantau guru-guru di dalam kelas, menyemak fail-fail sekolah dan melawat Bilik 'Galeri Sejarah' di dalam sekolah. Mereka juga berkongsi idea dalam persediaan fail-fail dan cara menjalankan waktu P&P yang lebih baik.

Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada 3 orang pegawai sudi menyumbangkan masa mereka di SJK C Kulai 1.