Wednesday, October 27, 2010

LDP Kokurikulum – Kursus Asas Kepengadilan Ping Pong Tahun 2010

Unit Kokurikulum SJK ( C ) Kulai 1 telah bekerjasama dengan Persatuan Ping Pong Daerah Kulaijaya untuk mengadakan Kursus Kepengadilan pada 24 Oktober 2010 di dewan sekolah. Kursus tersebut bermula pada 8.00 pagi dan tamat pada 1.00 petang. Fasilitator ialah Encik Sam Kong Meng dari Jabatan Penerangan Johor Baru. Beliau seorang pengadil International yang berpengalaman. Kursus ini mendapat sambutan hangat daripada guru-guru. Seramai 36 orang guru SJK ( C ) Kulai 1 telah mengambil bahagian. Perbelanjaan kursus untuk guru-guru SJK( C ) Kulai 1 ditaja oleh PIBG SJK ( C ) Kulai 1. Selain guru-guru sekolah ini, guru-guru dari sekolah menengah dan sekolah swasta Daerah Kulaijaya, serta guru-guru dari Daerah Pontian dan Daerah Muar juga mengambil bahagian. Kursus ini telah membekalkan ilmu kepengadilan permainan ping pong kepada guru-guru. Diharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat membantu memajukan sukan ini.

Pendaftaran

Berkongsi ilmu

Cara mengukur ketinggian jaring

Pengerusi Persatuan Ping Pong Daerah Kulaijaya,Encik Lee Kok Fai menyampaikan sijil penyertaan kepada peserta


Semua peserta bergambar dengan Puan Soo Seow Yong

Tuesday, October 26, 2010

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan Bagi Murid-murid Tahun Enam 2010 (7) – Perkhemahan

Perkhemahan pasukan badan beruniform telah diadakan untuk murid-murid Tahun 6 pada 23 Oktober 2010 di sekolah. Perkhemahan bermula pada 7.30 pagi dan tamat pada 4.00 petang. Pelbagai aktiviti perkhemahan yang menarik dan seronok telah dirancang dan disediakan untuk peserta-peserta. Antaranya memasang khemah, ceramah patriotik menghayati Rukun Negara, permainan, simpul dan ikatan, mengharungi halangan, pertandingan kawad kaki, aktiviti memasak, ilmu pertolongan cemas, kemahiran membalut luka, dan lain-lain lagi. Murid-murid amat menikmati keseronokan perkhemahan. Rancangan ini berjaya dan lancar dijalankan kerana mendapat kerjasama daripada semua pihak.


Belajar cara membalut

Tunjuk cara membuat simpul dan ikatan

Ah ha... berjayalah aku !

Kacanglah!

Perlahan...lahan,relax...

Satu,dua,tiga...lepas......!

Tulislah di sini adik!

Baris...baris sedia!

Berapakah jumlah mata telah kumpulan kita peroleh...? Sabar cikgu, saya tengah kira ....

AJK PIBG, Puan Wong Yoong Jin bergambar dengan para pemenang


Timbalan Pengerusi PIBG,Encik Lee Kok Fai bergambar dengan para pemenang

Pengerusi PIBG, Encik Lim Oon Jing menyampaikan hadiah kepada wakil pemenang keseluruhan, disaksikan oleh Puan Soo Seow Yong

Puan Soo Seow Yong Menyampaikan cenderamata kepada Encik Lim Oon Jing


Friday, October 15, 2010

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan Bagi Murid-murid Tahun Enam 2010 (6) – Gotong-royong 1 Malaysia

Kelab Rukun Negara SJK ( C ) KULAI 1 telah menganjurkan Gotong-royong 1 Malaysia pada 15 Oktober 2010 di sekolah. Tujuan mengadakan Gotong-royong 1 Malaysia ini adalah untuk memupuk semangat cintai negara dan semangat patriotisme murid-murid serta menyebarkan idelogi 1Malaysia melalui aktiviti gotong-royong kepada murid-murid. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti selepas UPSR yang ke-6 untuk murid-murid Tahun 6. Aktiviti ini bermula pada 7.30 pagi dan tamat pada 9.30. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan berjaya kerana mendapat kerjasama daripada semua guru dan murid. Matlamat yang ditetapkan telah tercapai.

Membersihkan bilik pergigian
Menyusun buku di perpustakaan
Mengutip sampah


Mengelap tingkap


Membaiki meja kerusi yang rosak


Menyusun meja di tempat simpanan kerusi meja


Mengelap kaca tingkap kelas sendiri

Wednesday, October 13, 2010

Majlis penyerahan kerusi meja baru dermaan MCA Bahagian Kulaijaya

MCA Bahagian Kulaijaya telah menderma 100 set kerusi meja yang baru kepada Lembaga Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2. Majlis penyerahan kerusi meja yang ringkas telah diadakan pada 12 Oktober 2010 di dewan sekolah. Pemimpin-pemimpin MCA Bahagian Kulaijaya, pemimpin-pemimpin masyarakat, AJK Lembaga Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2, dan AJK PIBG SJK ( C ) Kulai1, guru-guru dan murid-murid hadir untuk menyaksikan upacara penyerahan tersebut. Selepas berucap, pengerusi MCA Bahagian Kulaijaya, Encik Tan Ek Seng, PIS menyerahkan kerusi meja tersebut kepada Encik Cheng Shiaw Swie,JP.PIS selaku pengerusi Lembaga Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2. Beliau merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada MCA Bahagian Kulaijaya atas bantuan tersebut.

Encik Cheng Shiaw Swie JP,PIS berucap


Encik Tan Ek Seng PIS berucap

Upacara penyerahan kerusi meja baru,disaksikan oleh Guru Besar SJK ( C ) Kulai 1 ,Puan Soo Seow Yong dan pemimpin-pemimpin masyarakat


Sebahagian daripada 100 set kerusi meja baru dermaan MCA Bahagian Kulaijaya


Penyampaian cenderamata kepada pemimpin-pemimpin MCA Bahagian Kulaijaya

Tuesday, October 12, 2010

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan Bagi Murid-murid Tahun Enam 2010 (5) - Ceramah Pencegahan Jenayah Dan Pameran Anti Dadah

Kelab Cegah Jenayah telah menganjurkan Ceramah Pencegahan Jenayah dan Pameran Anti Dadah pada 12 Oktober 2010 di dewan sekolah. Pengerusi Kelab Cegah Jenayah , Puan Leong Mei Wah telah menjemput Sarjan Gurdial Singh dari Balai Polis Kulaijaya untuk memberi ceramah atas tajuk tersebut. Beliau yang fasih dengan Bahasa Cina berjaya menarik perhatian murid-murid. Murid-murid rajin mengemukakan soalan dalam sesi soal jawab. Selepas sesi ceramah ini, murid-murid lebih peka dengan masalah jenayah dan pencegahannya. Pameran Anti Dadah juga berjaya menarik minat murid-murid. Bahan-bahan pameran terdiri daripada pelbagai jenis dadah, peralatan-peralatan untuk menghisap dadah, dan dokumentasi peristiwa-peristiwa gerakan anti dadah yang telah dijalankan pada masa silam dan kini. Murid-murid juga dibekalkan dengan pengetahuan menghindarkan diri daripada godaan terjerumus ke dalam lembah penagihan najis dadah. Secara keseluruhannya, kedua-dua program ini dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Puan Soo dan Puan Salmah berminat dengan peralatan-peralatan yang dipamerkan

Pameran dokumentasi gerakan membanteras najis dadah

Barisan Pencegah Jenayah yang dikagumi

Ganja

Heroin

Pil-pil

Gerakan Anti Dadah

Pengunjung-pengunjung pameran pada waktu rehat

Friday, October 8, 2010

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-murid Tahun Enam 2010 (4) - Persembahan Pelbagai Bakat Pada Hari Kanak-kanak

Sambutan Hari Kanak-kanak telah diadakan pada 8 Oktober 2010 di dewan sekolah.Sempena Hari Kanak-kanak, pihak sekolah menggalakkan murid-murid sekolah terutamanya murid-murid Tahun 6 mengambil bahagian dalam rancangan persembahan pelbagai bakat. Pelbagai acara yang menarik telah dipersembahkan. Antaranya tarian tradisional Tiong Hua, tarian gaya moden, persembahan wu shu dan taekwando, drama cintai alam sekitar, nyanyian beramai-ramai, persembahan silap mata, persembahan biola dan tarian singa. Murid-murid yang berbakat dilatih menjadi juruacara dan jurusolek. Selain dapat menggunakan masa yang terluang dengan bijak, rancangan ini juga menyediakan pentas yang luas untuk murid-murid menonjolkan bakat-bakat mereka yang pelbagai dan bersinar-sinar. Murid-murid berasa puas dan gembira.

Guru Besar, Puan Soo Seow Yong berucap

Pengerusi PIBG, Encik Lim Oon Jing berucap

Pengerusi Jemaah Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2,
Encik Cheng Shiaw Swie JP,PIS berucap

Murid-murid yang berbakat dilatih menjadi juruacara

Cikgu Koo Siew Huay menunjuk cara teknik bersolek

Mengaplikasikan ilmu yang telah dipelajari

Penari-penari tarian Tiong Hua dan Cikgu Choo Ying Jie


Gembira dapat membuat persembahan

Drama yang menarik dan lucu

Persembahan taekwando

Tarian gaya moden yang menarik

Persembahan silap mata yang menarik dan profesional

Drama cintai alam semulajadi yang bermakna

Tarian moden

Persembahan Belly dance yang menarik dan mengkagumkan

Nyanyian beramai-ramai yang ceria

Persembahan biola adik Ting Dao Yang

Tarian singa yang mencuit hati - Keunikan SJK ( C ) Kulai 1