Untuk memberi pendedahan ilmu kesihatan dan fizikal kepada murid-murid Tahun 6 yang sedang melangkau ke alam remaja, "Ceramah Pendidikan Kesihatan Dan Jasmani " telah diadakan pada 29 September 2010 di dewan sekolah. Penceramah professional, Encik Jess Chong berasal dari Badan Kebajikan Masyarakat, Bukit Mertajam telah diundang untuk tujuan tersebut.