Tuesday, October 5, 2010

Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan UPSR Bagi Murid-murid Tahun Enam 2010 (1)-Lawatan Sambil Belajar

Pihak sekolah telah membuat perancangan yang lengkap dan padat untuk murid-murid Tahun 6 selepas peperiksaan UPSR. Satu siri aktiviti yang merangkumi semua segi demi perkembangan mental, rohani dan jasmani murid-murid telah dan akan diadakan. Aktiviti pertama yang telah dilancarkan ialah Lawatan Sambil Belajar ke Johor Bahru pada 25 September 2010. Antara tempat-tempat yang telah dikunjungi ialah Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim-piatu dan Kanak-kanak Terencat Akal, Pusat Perusahaan Batik Dan kebudayaan, dan dusun mini.


Melawat ke Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim-Piatu dan Kanak-kanak Terencat Akal.

Penerangan lanjut dalam Bahasa Cina.

Tunjuk cara mencairkan lilin dan damar pokok untuk melukis corak batik.

Melukis corak-corak menarik secara gaya bebas.

Menghayati seni batik secara pratikal.


Seronoknya dapat menguji bakat terpendam!

Persembahan muzik tradisional.

Marilah menari tarian ala 1 Malaysia bersama-sama.