Monday, July 25, 2011

Program Kembara Riang Ria

Sekolah telah dipilih sebagai salah satu stesen untuk Program Kembara Riang Ria Tahun 2011 anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Kulaijaya. Prgram ini telah diadakan pada 15 Julai 2011 di dewan sekolah. Dalam program ini banyak aktiviti telah diadakan. Antaranya ujian bertulis,pameran,ceramah makanan sihat,aktiviti permainan dan sebagainya. Pegawai PPD Daerah kulaijaya yang prihatin juga turut hadir untuk menyelia dan memeriahkan suasana. Program ini mendapat sambutan hangat daripada murid-murid. Murid-murid telah mendapat pendedahan yang positif terhadap makanan sihat dan mendapat informasi kepentingan menjaga kesihatan. program dijalankan dengan jayanya.


Puan Low Wei Ling memberi taklimat ringkas.
Murid-murid sedang menjawab ujian bertulis dengan sepenuh perhatian.
Pegawai kesihatan memberi penerangan yang jelas kepada murid-murid.
Murid-murid mengambil bahagian dengan aktif dalam aktiviti.
Pegawai PPD En.Shahrizal b.Halid hadir untuk memantau pelaksanaan program. Beliau ditemani oleh Guru Besar, Puan Soo Seow Yong.
Bahan-bahan pameran.
Carta-carta pameran.
Pegawai Zat Makanan jabatan Kesihatan Kulaijaya,Puan Chin Poh Ling sedang memberi ceramah.
Aktiviti memilih makanan yang sihat untuk badan.

Penyampaian cederamata.

Kem Motivasi Tahun 2011

Kem Motivasi Murid-murid Tahun 6 bagi Tahun 2011 telah diadakan pada 9 Julai 2011. Seramai 323 orang murid telah mengambil bahagian. Penceramah profesional telah dijemput untuk mengendalikan program tersebut. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan. Semangat murid-murid untuk berjaya telah dinaikkan.Murid-murid telah mnegambil bahagian secra aktif dalam semua aktiviti yang dirancang.

Ceramah motivasi.
Aktiviti memupuk semangat kerja sepasukan.
Menurunkan hajat mencapai matlamat cemerlang.
Semangat berkobar-kobar untuk mencapai kejayaan.
Kami pasukan cemerlang! Kami pasti boleh, kejayaan ada dalam tangan kami!
Pertandingan melaung cogan kata.
Kami berjaya!
Membaca ikrar.
Berikrar bekerjasama untuk membantu anak-anak kami mencapai kejayaan cemerlang.

YDP PIBG En.Lim Oon Jin memberi ucapan dan kata-kata rangsangan.

Pertandingan Taekwando Tahun 2011

Syabas diucapkan kepada murid-murid sekolah kita yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam Pertandingan Taekwando yang telah diadakan di SJKC Guo Kuang pada 30 April 2011.

Saturday, July 2, 2011

Larian Serentak 1M1S 1Malaysia

Program Larian Serentak telah diadakan pada 2 Julai 2011. Aktiviti tersebut telah dimulakan pada 7.45 pagi secara serentak di seluruh Malaysia. Sebelum mulanya aktiviti,kehadiran murid-murid telah diambil.Selepas sesi senaman,aktiviti dimulakan .Rombongan larian Serentak diketuai oleh tuan Guru Besar sekolah. Ibu bapa dan Ajk PIBG turut menyertai. Pegawai PPD Kulaijaya,Cik Nurul melawat ke sekolah untuk memantau perlancaran program.Beliau berasa senang hati melihat segala aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Seorang ibu bapa yang mengambil bahagian dalam aktiviti ini telah menurunkan tandatangan beliau.
Guru penyelia kelas mengambil kedatangan murid.
Pn.Yong memberi biskut kepada murid yang tidak sempat bersarapan pagi.
Sesi senaman
Pentadbir sekolah dan guru-guru juga mengambil bahagian.
1 Murid 1 Sukan, 1 Malysia!
Aktiviti Larian Serentak diketuai oleh Pn.Soo Seow Yong.
Peserta-peserta
Dengan megah,kami telah merealisasikan Dasar 1M1S.
Berehat sejenak.
Kami telah sampai ke destinasi, 1M1S dan 1 Malaysia kami dukungi!
Kenangan manis 1 malaysia.
Bersurai.
Lawatan pegawai PPD Kulaijaya ke sekolah. Cik Nurul Hidayah Liew Bt Abdullah berbual-bual dengan pentadbir sekolah.
Cik Nurul Hidayah Liew Bt.Abdullah bergambar dengan Guru Besar SJKC Kulai1 & 2 serta YDP kedua-dua sekolah.

Sebelum bersurai,bergambar untuk kenangan.

Friday, July 1, 2011

Hari Terbuka

Pihak sekolah telah mengadakan Hari Terbuka pada 1 Julai 2011. Program ini diadakan setahun sekali.Objektifnya ialah memberi peluang kepada ibu bapa berinteraksi dengan guru-guru sekolah demi kebaikan anak-anak mereka. kedarian ibu bapa pada hari tersebut amat menggalakkan. Pihak sekolah juga mengadakan pameran buku kamus elektronik dan sebagainya untuk kemudahan ibu bapa.

Pameran buku.
Berinteraksi dengan guru-guru.
Menunggu giliran dengan sabar.
Menanya kemajuan anak dalam akademik.

Mengemukakan kemusykilan dan mendengar penjelasan.

Program Promosi Kesihatan Di Kalangan Murid Tahun 1

Program Promosi kesihatan Di Kalangan Murid Tahun 1 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya telah diadakan sempena Hari Terbuka Sekolah Pada 1 Julai 2011. Pegawai Zat Makanan, Pn Chin Poh Ling telah memberi ceramah kepada ibu bapa yang terlibat.Sasaran program ini ialah murid-murid Tahun 1 yang didapati berat badannya melebihi kadar yang ditetapkan.Ibu-ibu bapa yang berkenaan diberi pendedahan supaya berjaga-jaga terhadap berat badan dan kesihatan anal-anak mereka.Program ini bermanfaat kepada murid dan ibu bapa yang terlibat.Saranan-saranan menjaga kesihatan telah diberi supaya mengelakkan masalah obesiti.

Pegawai Zat Makanan Jabatan Kesihatan Daerah Kulaijaya,Pn Chin Poh Ling memberi ceramah.
Kehadiran ibu bapa dan anak-anak mereka.
Mendengar dengan teliti.
Memberi perhatian.

Penyampaian cederamata oleh Pn.Soo Seow Yong.