Friday, July 1, 2011

Program Promosi Kesihatan Di Kalangan Murid Tahun 1

Program Promosi kesihatan Di Kalangan Murid Tahun 1 anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Kulaijaya telah diadakan sempena Hari Terbuka Sekolah Pada 1 Julai 2011. Pegawai Zat Makanan, Pn Chin Poh Ling telah memberi ceramah kepada ibu bapa yang terlibat.Sasaran program ini ialah murid-murid Tahun 1 yang didapati berat badannya melebihi kadar yang ditetapkan.Ibu-ibu bapa yang berkenaan diberi pendedahan supaya berjaga-jaga terhadap berat badan dan kesihatan anal-anak mereka.Program ini bermanfaat kepada murid dan ibu bapa yang terlibat.Saranan-saranan menjaga kesihatan telah diberi supaya mengelakkan masalah obesiti.

Pegawai Zat Makanan Jabatan Kesihatan Daerah Kulaijaya,Pn Chin Poh Ling memberi ceramah.
Kehadiran ibu bapa dan anak-anak mereka.
Mendengar dengan teliti.
Memberi perhatian.

Penyampaian cederamata oleh Pn.Soo Seow Yong.