Monday, July 25, 2011

Program Kembara Riang Ria

Sekolah telah dipilih sebagai salah satu stesen untuk Program Kembara Riang Ria Tahun 2011 anjuran Jabatan Kesihatan Daerah Kulaijaya. Prgram ini telah diadakan pada 15 Julai 2011 di dewan sekolah. Dalam program ini banyak aktiviti telah diadakan. Antaranya ujian bertulis,pameran,ceramah makanan sihat,aktiviti permainan dan sebagainya. Pegawai PPD Daerah kulaijaya yang prihatin juga turut hadir untuk menyelia dan memeriahkan suasana. Program ini mendapat sambutan hangat daripada murid-murid. Murid-murid telah mendapat pendedahan yang positif terhadap makanan sihat dan mendapat informasi kepentingan menjaga kesihatan. program dijalankan dengan jayanya.


Puan Low Wei Ling memberi taklimat ringkas.
Murid-murid sedang menjawab ujian bertulis dengan sepenuh perhatian.
Pegawai kesihatan memberi penerangan yang jelas kepada murid-murid.
Murid-murid mengambil bahagian dengan aktif dalam aktiviti.
Pegawai PPD En.Shahrizal b.Halid hadir untuk memantau pelaksanaan program. Beliau ditemani oleh Guru Besar, Puan Soo Seow Yong.
Bahan-bahan pameran.
Carta-carta pameran.
Pegawai Zat Makanan jabatan Kesihatan Kulaijaya,Puan Chin Poh Ling sedang memberi ceramah.
Aktiviti memilih makanan yang sihat untuk badan.

Penyampaian cederamata.