Saturday, August 31, 2013

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2013

Guru-guru dan murid-murid menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2013 pada 30hb Ogos 2013 di dewan sekolah. Guru-guru dan murid-murid menyanyi lagu 1 Malaysia dan mengibarkan bendera Malaysia.

Guru besar Puan Soo Seow Yong menggunakan peluang ini untuk bertanya beberapa persoalan yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kepada semua murid. Murid-murid yang dapat menjawab dengan jawapan dengan betul boleh mendapat cenderamata daripada Puan Soo.

Semua guru dan murid berasa bangga dan gembira untuk menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2013.