Saturday, June 19, 2010

Lawatan Sambil Belajar ke Tanjung Sepat







Program lawatan sehari ke Tanjung Sepat anjuran Kelab Staf SJK( C ) Kulai 1 telah diadakan pada 28 Mei 2010. Rombongan ini diketuai oleh Puan Soo Seow Yong, Guru Besar SJK ( C ) Kulai 1. Aktiviti ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga SJK ( C ) Kulai 1 untuk menenangkan fikiran malah dapat mengenali tempat pelancongan tempatan secara dekat. Tempat-tempat yang telah dikunjungi ialah dusun longan, dusun“buah naga”, kebun cendawan, kilang pau, kilang kerepek dan tokong Tua Pek Kong. Lawatan ini amat menyeronokkan.