Friday, July 2, 2010

Gotong-royong Perdana












Gotong-royong Perdana
Gotong-royong Perdana telah diadakan pada 15 Mei 2010. Semua warga SJK ( C ) Kulai 1 telah menyertai aktiviti ini . Pengerusi PIBG, Encik Lim Onn Jing dan AJKnya juga turut serta dalam kegiatan ini. Aktiviti ini dijalankan dengan lancar kerana telah mendapat kerjasama yang padu daripada semua pihak. Semua kelas dibersihkan , kerosakan dibaiki, sampah-sarap dan barang-barang lama telah disisih. Taman bunga sekolah dan kebun Kemahiran Hidup juga dibersih dan dikemas. Pada hari tersebut, pengerusi Jemaah Pengurus, Encik Cheng Shiaw Swie PIS, JP turut hadir . Beliau amat mengambil berat tentang tangki usang dan berbahaya di halaman sekolah. Pihak sekolah telah melaporkan hal tersebut kepada pihak yang berkenaan. Demi keselamatan anak-anak murid, pihak sekolah berharap agar tangki tersebut dapat diganti dengan tangki baru.