Saturday, July 3, 2010

Lawatan Tan Sri Ong Ka Ting Ke Sekolah








Lawatan Tan Sri Ong Ka Ting Ke Sekolah
Tan Sri Ong Ka Ting telah mengadakan lawatan ke SJK ( C ) Kulai 1 & 2 pada 13 Jun 2010. Lawatan ini merupakan lawatan kali yang ke-2. Beliau amat mengambil berat tentang perkembangan sekolah dari segi infrastruktur dan pembangunan modal insan. Tujuan utama lawatan beliau pada kali ini ialah untuk meninjau pembinaan bangunan baru dan menyerahkan cek kepada pengerusi Jemaah Pengurus SJK ( C ) Kulai 1 & 2. Beliau telah berjaya mengutip derma sebanyak Rm 450,000.00 untuk pembinaan bangunan baru tersebut. Pihak sekolah berharap agar bangunan baru tersebut dapat dibekalkan segala kelengkapan kelas apabila siap dibina dan digunapakai pada bulan Ogos 2010.