Saturday, October 22, 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Tanjung Piai

Pasukan PBSM dan Pasukan Pengakap sekolah seramai 120 orang diiringi oleh 10 orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tanjung Piai. Destinasi lain yang telah dikunjungi ialah daratan terhujung di Benua Asia, kilang kopi, ladang nanas, dan kebun lebah-lebah. Selain dapat menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah, murid-murid juga berpeluang menikmati bancuhan kopi yang aroma dan sedap, buah nanas dan jagung yang manis lagi segar. Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah sesi pertukangan tangan pada akhir program.


Inilah tempatnya-Tanjung Piai!
Papan tanda
Jalan menuju ke hujung jambatan.
Mendengar penerangan juru pandu yang menarik.
Kami berjaya sampai ke penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
Kawan-kawan, saya telah berjaya sampai ke sini, melihat dan menawan tempat ini!
Tahniah!Anda berdua telah berjaya berada di penghujung Selatan Tanah Besar Asia.
"Kakak"ambil cuti, saya terpaksa goreng biji kopi sendiri! Seronoknya membuat kerja ini, lebih baik saya suruh "kakak"makan gaji sendiri!

Mengenali jenis-jenis nanas dari dekat.
Tanah gambut ini lebih lembut daripada tilam saya di rumah.Seronoknya lompat di atasnya.
Seorang 'pekerja sememtara' yang jelita sedang menunjukkan cara memasukkan buah nanas ke bakul galas.
Memperkenalkan lebah-lebah.
Mencuba cara menarik lebah-lebah.
Membuat lilin dengan lilin sarang lebah-lebah.