Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana prihatin dengan keperluan rakyat jelata dan pendidikan rakyat di negara ini. Pihak Kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM200,000.00 kepada SJKC Kulai 1 untuk pembangunan prasarana sekolah. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Menteri Besar Johor YAB Dato'Haji Abdul Ghani bin Othman DK.SPMJ.PIS dan Pegawai Khas Menteri Besar En Tay Chin Hein telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan penyerahan peruntukan ini.