Pasukan PBSM dan Pasukan Pengakap sekolah seramai 120 orang diiringi oleh 10 orang guru telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Tanjung Piai. Destinasi lain yang telah dikunjungi ialah daratan terhujung di Benua Asia, kilang kopi, ladang nanas, dan kebun lebah-lebah. Selain dapat menikmati pemandangan alam semulajadi yang indah, murid-murid juga berpeluang menikmati bancuhan kopi yang aroma dan sedap, buah nanas dan jagung yang manis lagi segar. Aktiviti yang paling menyeronokkan ialah sesi pertukangan tangan pada akhir program.
Jalan Sekolah Cina, 81000 Kulaijaya, Johor. Tel:07-6631233 Fax:07- 6638218 emel:sjkc_kulai1@yahoo.com.my

Saturday, October 22, 2011
Lawatan Sambil Belajar Ke Tanjung Piai
Friday, October 21, 2011
Penyerahan Waran Peruntukan RM200,000.00
Kami ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana prihatin dengan keperluan rakyat jelata dan pendidikan rakyat di negara ini. Pihak Kerajaan telah memberi peruntukan sebanyak RM200,000.00 kepada SJKC Kulai 1 untuk pembangunan prasarana sekolah. Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada Menteri Besar Johor YAB Dato'Haji Abdul Ghani bin Othman DK.SPMJ.PIS dan Pegawai Khas Menteri Besar En Tay Chin Hein telah berusaha dengan gigih untuk menjayakan penyerahan peruntukan ini.
Monday, October 10, 2011
Lawatan Sambil Belajar Tunas Putri Tahun 2011
Pasukan Tunas Putri sekolah yang aktif telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Gunung Ledang pada 8 Oktober 2011. Di bawah perancangan baik Ketua Guru Penasihat,Puan Chong Kim Fong dan penasihat Cikgu Wong Siew Lean, program dijalankan dengan lancar dan menyernokkan. Sebelum mendaki gunung, seramai 110 orang peserta diagihkan kepada 4 kumpulan. Semasa menjelajahi hutan, juru pandu yang berilmu dan berpengalaman telah memperkenalkan pelbagai jenis tumbuhan yang berharga dalam hutan. Melalui aktiviti ini murid-murid dapat mengenali tumubuh-tumbuhan secara mendalam. Selepas itu, murid-murid bermandi-manda di air terjun yang berhampiran.Guru-guru pengiring menjaga murid-murid di tepi air terjun sambil berkelah di sana. Destinasi yang seterusnya ialah melawat ke kilang makanan dan minuman. Murid-murid berasa gembira dan seronok.
Hari Kanak-kanak Tahun 2011
Hari Kanak-kanak telah diadakan pada 7 Oktober 2011. Program dijalankan denganlancar dan berjaya atas kerjasama semua warga sekolah dan sokongan kuat daripada PIBG sekolah dan Lembaga Pengurus sekolah.
Barisan tetamu jemputan khas disambut oleh Guru Besar. Dari kanan Pn Soo Seow Yong, En Lim Oon Jin,En Cheng Shiaw Swie, En Chai Wu Sheng, En Qiu Zi ming dan En Zhang Fu You.

Tarian moden
Pertandingan Tunas Ping Pong Baru Daerah Kulaijaya
Pertandingan Tunas Ping Pong baru Daerah Kulaijaya telah diadakan pada 1 Oktober. Tahniah diucapkan kepada adik Fam Yu Xuan, Chee Xin cheng dan Tay Kai Jie yang berjaya menggondol johan L10, tempat ke-3 L10 dan tempat ke-3 P10. Mereka akan menwkili Daerah Kulaijaya bertanding di Tangkak Muar pada 8 Oktober 2011.
International Dancesport Championships
Syabas diucapkan kepada adik Dylan Lim dan adik Linda Mu kerana mendapat tempat ke-4 dalam Pertandingan Tarian Terbuka Antarabangsa.
Karnival Pra-sekolah
Pra-sekolah sekolah yang mempunyai 16 orang murid telah mendapat pencapaian yang merangsangkan ketika berlangsungnya Karnival Prasekolah. Murid yang bernama Ee Hong En di bawah didikan dan asuhan Puan Teh Swee Yeng telah berjaya mendapat tempat ke-3 dalam Pertandingan Bercerita dalam Bahasa Inggeris dan tempat ke-5(daripada 80 orang peserta) dalam Pertandingan Mewarna. Adik Ee Hong En dipilih sebagai wakil Daerah Kulaijaya.
V3 Johor Volleyball Champion School U12 2011
Pasukan Bola Tampar sekolah telah menyertai kejohanan Bola Tampar V3 Johor Volleyball Champion School U12 Tahun 2011 di Johor Bahru,Johor pada 23 September.Syabas diucapkan kepada pasukan sekolah dan jurulatiih pasukan iaitu En Lim Yuh Woei selaku JU bola Tampar Daerah Kulaijaya dan En Zheng Wei Wen atas kejayaan yang diperoleh. Pencapaian pasukan sekolah menunjukkan peningkatan yang amat dibanggakan dibandingkan dengan pencapaian yang lepas. Diharapkan kejayaan ini terus dilanjutkan sehingga puncak kegemilangan. Tahniah dan teruskan usaha!
Subscribe to:
Posts (Atom)