Sunday, December 19, 2010

Majlis Perpisahan Murid-murid Tahun 6

Pada hari terakhir persekolahan, majlis perpisahan telah diadakan untuk murid-murid Tahun 6. Aturcara majlis dijalankan seperti biasa. Dalam majlis, semasa memberi ucapan, tuan Guru Besar Puan Soo Seow Yong memberi dorongan kepada murid-murid yang mendapat 7A dalam UPSR 2010 agar terus berusaha dengan gigih demi kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum kelak. Beliau juga memberi galakan kepada murid-murid yang lain supaya jangan berasa kecewa sekiaranya mendapat keputusan yang kurang memuaskan, sebaliknya haruslah berusaha dengan tungkus lumus sehingga berjaya. Pencapaian sekolah pada tahun ini ada peningkatan. Seramai 18 orang murid telah memperoleh 7A berbanding 14 orang pada tahun lepas. Pencapaian keseluruhan juga mencatat peningkatan, iaitu 52.60 % berbanding 44.94% pada tahun lepas. Puan Soo juga merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada para guru, AJK Lembaga Pengurus dan AJK PIBG SJK ( C ) Kulai 1. Berkat sumbangan dan kerjasama yang erat antara ketiga-tiga pihak, maka membuahkan hasil.


Puan Soo Seow Yong menyampaikan ucapan beliau dalam Majlis Perpisahan Murid-murid Tahun 6.

Pengerusi PIBG, En.Lim Oon Jing berucap.

Empat orang wakil murid merakamkan penghargaan kepada para guru yang telah memberi tunjuk ajar kepada murid-murid Tahun Enam.


Puan Soo Seow Yong Menyampaikan segulung sijil tamat pengajian kepada murid Tahun Enam.


Para murid yang berjaya memperoleh 7 A dalam UPSR 2010 bergambar dengan Puan Soo Seow Yong, Pengerusi Lembaga Pengurus En.Cheng Shiaw Swie JP PIS, Pengerusi PIBG En.Lim Oon Jing, AJK PIBG dan guru-guru penolong kanan.