Sunday, December 19, 2010

Majlis Penyampaian Hadiah

Majlis Penyampaian Hadiah untuk murid-murid Tahun 1 hingga 5 telah diadakan pada 18 November 2010. Murid-murid yang mendapat pencapaian akademik yang cemerlang dalam kelas dan Tahun masing-masing diberi pengiktirafan pada hari ini. Selain itu, hadiah tokoh murid untuk murid-murid Tahun 1-6 , pemenang-pemenang Program Nilam dan pertandingan-pertandingan juga disampaikan pada majlis ini. Sempena majlis ini, 5 orang murid yang berjaya menggondol anugerah peserta terbaik dalam perkhemahan pengakap Daerah Kulai anjuran SM Foon Yew, Kulaijaya diberi penghargaan dalam majlis. Puan Lee Yen Yune, Ketua Guru Penasihat Pasukan Pengakap sekolah telah ditauliahkan sebagai pemimpin manikayu selepas Kursus Kepimpinan Manikayu yang diadakan serentak dengan perkhemahan pengakap tersebut. Dalam ucapan, Puan Soo Seow Yong telah memberi penghargaan kepada semua yang mendapat kejayaan dalam akademik dan kokurikulum pada tahun ini. Beliau berpesan kepada murid-murid supaya terus berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mempertingkatkan lagi prestasi individu dan sekolah tanpa mengabaikan pengamalan sifat-sifat murni.
Puan Soo Seow Yong berucap dalam majlis penyampaian hadiah .

Lima orang murid yang menyertai perkhemahan pengakap Daerah Kulai anjuran SM Foo Yew, Kulaijaya, berjaya dianugerahkan pingat peserta terbaik dan Cikgu Lee Yen Yune ditauliahkan sebagai pemimpin manikayu.

Pemenang-pemenang pencapaian akademik terbaik bagi setiap kelas Tahun1 bergambar dengan guru-guru penyelia kelas Tahun 1 dan guru-guru penolong kanan.


Para tokoh murid bergambar dengan guru-guru penolong kanan.