Wednesday, June 5, 2013

Lawatan Sambil Belajar di Kid Zania

Guru-guru dan murid-murid SJK C Kulai 1 telah melawat Kid Zania pada hari Isnin yang lepas (3-6-2013).
Kid Zania terletak di Curve NX, Mutiara Damansara, Selangor.

Kid Zania berasal dari Mexico, pada tahun 1996. Xavier Lopez yang mempunyai impian untuk membina satu tempat yang besar bagi kanak-kanak mengambil pengalaman bekerja. Di Kid Zania, kanak-kanak boleh menjadi orang dewasa memilih pekerjaan sendiri dan menimba pengalaman daripada pekerjaan itu.

Selain itu, kanak-kanak boleh belajar menyimpan duit, membelanjakan duit dan mendapatkan duit daripada pekerjaan mereka. Kanak-kanak boleh memilih pelbagai pekerjaan di Kid Zania seperti doktor, polis, penguam, tukang masak, doktor gigi, ahli bomba dan sebagainya.