Tuesday, June 11, 2013

Kejohanan Tarian Singa Nan Shi Antara Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013

Kejohanan Tarian Singa Nan Shi Antara Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 telah dijalankan pada 2 Jun 2013 (Hari Ahad) di dewan besar SJK C Kulai 1.

Pihak penganjur telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem ke Upacara Perasmian Pembukaan. Semasa beri ucapan, beliau berkata bahawa aktiviti tarian singa adalah aktiviti yang bagus kerana aktiviti ini boleh bagi peluang kepada pelajar memupuk nilai kepimpinan. Beliau juga berminat dalam sukan tradisional semua kaum dan tarian singa adalah satu aktiviti tradisional yang sangat menarik. Beliau akan bercadang kepada KPM supaya aktiviti tarian singa dijadikan acara sukan dalam MSSM.

Penolong Pegawai Daerah Kokurikulum Encik Elanggovan A/L Savarimuthu semasa memberi ucapan pada Upacara Penutupan, beliau berharap agar semua persatuan tarian singa boleh terus meningkatkan aktiviti tradisional yang bersejarah ini. Beliau menggalakkan sekolah-sekolah supaya mengambil berat akan akademik tetapi tidak mengabaikan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum. Aktiviti kokurikulum boleh membina jati diri pelajar supaya berdikari, saling menghormati dan belajar nilai-nilai moral.

SJK C Sawit, Kulaijaya telah mendapat johan dalam kategori sekolah rendah manakala johan bagi kategori sekolah menengah ialah SMK Mantin dari Negeri Sembilan. Di samping itu, Pasukan B SMK Kelapa Sawit menjadi johan dalam kategori Sekolah Menengah Kulaijaya.