Thursday, January 20, 2011

Majlis Persaraan Cikgu Wong Siew Lean

Cikgu Wong Siew Lean bersara pada 19 Januari 2011. Pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan pada 18 Januari 2011 untuk meraikannya. Pada hari tersebut upacara dijalankan seperti biasa. Suasana pada hari tersebut meriah kerana ramai tetamu jemputan, sahabat handai dan bekas murid-murid didikan beliau turut hadir untuk meraikan bersama-sama. Kemeriahan majlis telah menonjolkan populariti beliau sebagai seorang tokoh guru yang disanjungi. Pada tahun 1960 hingga tahun 1965 beliau mendapat pendidikan sekolah rendahnya di SJKC Kulai 1. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim,Kulai. Cikgu Wong menceburi bidang pendidikan pada tahun 1974. Pada tahun tersebut, beliau berkhidmat di SJKC Batu, Bukit Batu,Kulai sebagai guru sandaran tidak terlatih. Pada tahun berikutnya, beliau memohon bertukar ke SJKC Kulai 1 sehinggalah bersara. Semasa berkhidmat di SJKC Kulai1, beliau berjaya mengikuti kursus dalam cuti dan akhirnya ditauliahkan sebagai seorang guru tetap. Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun di sekolah ini. Cikgu Wong Siew Lean seorang pendidik yang professional dan berdedikasi. Beliau pengasas Pasukan Tunas Putri SJKC Kulai 1. Beliau mempunyai bakat yang pelbagai. Selain menyanyi, menari, beliau juga mahir mengarang. Pada tahun 2004, beliau telah mengarang sebuah sajak khas untuk anak-anak muridnya menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap II dalam Karnival Bahasa Cina peringkat negeri. Karya sajak beliau yang bertajuk “Superman” telah berjaya mendapat johan. Kecemerlangan perkhidmatan beliau telah dianugerahkan APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) pada tahun 1993, 2003, 2007. Dari segi personaliti , beliau seorang yang bersopan santun, murah hati, rendah diri, dan penyayang. Anak-anak muridnya dilayan seperti anaknya sendiri. Beliau telah lama memikul tanggungjawab sebagai Ketua Unit Pelancongan Murid-murid Tahun 6. Dalam perjalanan melancong, sekiranya ada murid sakit, beliau akan menjaganya dengan sepenuh hati. Beliau juga berhati emas kerana sentiasa bersedia memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang meminta tanpa mengira latar belakang, status seseorang dan umur serta tanpa mengharapkan balasan. Beliau pakar dalam ilmu komputer. Beliau banyak membantu pihak sekolah dan rakan-rakan sejawat untuk menyelesaikan masalah teknikal komputer yang timbul. Beliau juga menyumbang dalam pengurusan pentadbiran sekolah secara bestari. Sungguhpun penat membantu sekolah dalam segala urusan, namun beliau tidak pernah merungut. Beliau tabah menghadapi segala cabaran kerjaya dan tugasan berat yang diamanahkan kepadanya. Beliau merupakan seorang tokoh guru yang unggul dan model contoh yang baik kepada kita.

Bergambar dengan Guru Besar dan para tetamu jemputan.


Pn Soo memberi ucapan.


Wakil-wakil murid memberi ucapan.


Yang Dipertua PIBG SJKC Kulai1, En Lim Oon Jin memberi ucapan.


Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Kulai 1&2, En Cheng Shiaw Swie JP PIS memberi ucapan.


Persembahan murid.


Lakonan riwayat hidup Cikgu Wong sebagai seorang pendidik.


Cikgu Wong Siew Lean memberi ucapan.


Pn Soo menyampaikan sijil penghargaan kepada Cikgu Wong Siew Lean.


Sijil penghargaan daripada PPD Daerah Kulai.


Pn Soo sebagai wakil Unit Pentadbiran menyampaikan hadiah kepada Cikgu Wong.


Yang Dipertua PIBG menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Wong.


Pengerusi Kelab Staf Cik Yong Yoke Keon memberikan sejambak bunga kepada Cikgu Wong.


Pn Chai Nyet Ngow sebagai wakil para rakan karib menyampaikan hadiah kepada Cikgu Wong.


Bekas murid-murid didikan beliau turut hadir meraikan.

Murid-murid Kelas 6A memberi cenderamata kepada cikgu kesayangan mereka.


Rakan-rakan sejawat menyampaikan sebuah lagu yang merdu khas untuk beliau.

Meraikan hari jadi beramai-ramai.


Doakan agar semua sihat walafiat.


Rakan sejawat dan bekas murid-murid meraikan hari jadi Cikgu Wong bersama-sama.


Menangkap saat-saat ceria yang bersejarah.


Kemeriahan majlis menonjolkan populariti Cikgu Wong sebagai seorang tokoh guru.


Cuba melengah-lengahkan saat-saat yang gembira.

Beredar dari dewan ditemani oleh pentadbir sekolah, tetamu jemputan dan guru-guru.



Murid-murid berbaris di tepi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Wong.


Berhenti seketika untuk mengambil gambar dengan rakan-rakan sejawat.


Selamat tinggal Cikgu Wong! Kami tidak akan melupai Cikgu Wong.


Selamat tinggal kepada semua, kalian sentiasa dalam ingatan saya!