Monday, September 19, 2011

Perhimpunan Patriotik menyambut Hari Malaysia

Perhimpunan Patriotik sambutan Hari Malaysia telah diadakan pada 19 September 2011. Tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotik murid-murid. Diharapkan melalui aktiviti tersebut, benih cinta akan negara dapat ditanam dalam hati sanubari anak-anak murid. Aktiviti dijalankan dengan lancar dan berjaya kerana mendapat kerjasama daripada semua warga sekolah.

Berbaris dalam dewan.

Bersedia meraikan Hari Malaysia.

Mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah dan gembira.

Kami bangga sebagai rakyat Malaysia.

Kami gembira menjadi warga Malaysia.


Kami juga bangga dengan Tanah Air yang tercinta.