Monday, May 9, 2011

Perkhemahan Badan Beruniform Tahun 2011

Badan-badan beruniform SJK ( C ) Kulai 1 telah menganjurkan perkhemahan pada 23 April 2011 di sekolah. Program ini bermula pada 7.30 pagi dan tamat pada 4.00 petang . Tujuan mengadakan perkhemahan ini adalah untuk memupuk semangat kekitaan dan mengeratkan perhubungan antara murid-murid badan beruniform. Seramai 323 orang murid telah mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Banyak acara yang menarik telah diadakan. Antaranya pertandingan memasak, pembalutan luka, ikatan, permainan, mengharungi halangan dan lain-lain lagi. Aktiviti ini berjalan dengan lancar kerana mendapat kerjasama daripada semua guru penasihat badan beruniform.Secara keseluruhannya aktiviti ini telah berjaya dan mencapai matlamat yang ditetapkan.


Buatlah ikut cara cikgu.

Saya spiderman moden!

Tepat pada sasarannya.

Gunalah pencuci"glo", dapat mencuci sehingga berkilat!

Gayutlah sejauh mana yang boleh!

Baris...ke kanan lurus.....

Goleklah ke sini!

Meniti.

Demikianlah caranya membuat simpul yang betul.

Apakah rahsia membuat simpul sebaik cikgu?

Cuci dengan bersungguh-sungguh.

Menggoreng telur tanpa bantuan ibu.

Bekerjasama menyempurnakan tugasan.

Pasang khemah.

Persembahan menguji bakat.

"Marilah mari...mari menari..."


Penyampaian hadiah.