Monday, April 4, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2011

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 27 Mac 2011. Majlis dirasmikan oleh Encik Tay Chin Hein. Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya. AJK PIBG Tahun 2010 telah dicalonkan semula sebagai AJK PIBG untuk Tahun 2011. Sempena mesyuarat agung, penyampaian cenderamata kepada ibu bapa yang berjaya mengutip derma ikhlas yang tinggi telah diadakan. Selain itu, penyampaian biasiswa kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010 dan bidang kokurikulum juga diadakan. Semasa berucap untuk merasmikan majlis, Encik Tay berpesan kepada murid-murid supaya sentiasa mengingati jasa guru dan menghormati mereka. yang dipertua PIBG,Encik Lim Oon Jin dan Guru Besar,Puan Soo Seow Yong berharap agar murid-murid sekolah ini dapat terus berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlang dari segi akademik dan kokurikulum disamping mengamalkan sikap murni dalam kehidupan seharian.


Ketibaan tetamu jemputan khas, Encik Tay Chin Hein disambut oleh Puan Soo Seow Yong dan AJK PIBG.

Guru-guru yang datang bertugas mengambil kehadiran.

Ibu bapa yang hadir juga diminta menurunkan tanda tangan.

Tetamu jemputan khas, Encik Tay Chin Hein menandatangani buku pelawat.

Ibu bapa tertarik dengan buletin sekolah yang menarik.

YDP PIBG,Encik Lim Oon Jin berucap.

Puan Soo Seow Yong berucap.

Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Kulai 1& 2,Encik Cheng Shiaw Swie JP PIS memberi ucapan.

Encik Lim menyampaikan hamper buah kepada tetamu jemputan khas.

Encik Lim menyampaikan cenderamata kepada Encik Chee Kok Hui yang berjaya mengutip derma lkhlas sebanyak Rm 900.

Encik Lim menyampaikan cenderamata kepada seorang lagi ibu bapa yang berjaya mengutip derma yang banyak.

Bergambar dengan murid-murid yang berjaya mendapat 7A dalam UPSR Tahun 2010.