Tuesday, April 5, 2011

Pencapaian Kokurikulum Dan Koakademik Murid

Syabas dan Tahniah kepada semua yang berjaya mengharumkan nama sekolah! "Cina Kulai 1, Terus Maju Jaya!"


Pertandingan Catur MSSD Zon Bandar:Johan(Lee Shao Xuan),Naik Johan(Lee Wen Xuan) dan tempat ketiga(Thai Yu) ;Pertandingan Catur MSSD Kulaijaya:Naib Johan(Lee Shao Xuan) dan tempat keempat(Lee Wen Xuan) . Guru pengiring: Cik Chang Fui Ling, Puan Lee Bee Hwa dan Encik Ee Leng Hong. Bergambar bersama Tuan Guru Besar, Puan Soo Seow Yong dan wakil PIBG, Encik Hew Chee Meng.

Pertandingan Ping Pong MSSD Zon Bandar: Johan dan tempat ketiga P12 (perseorangan) ;Johan dan Naib Johan P12 (bergu).Temapt ketiga L12. Guru pengiring Puan Chaow Nyok Mui dan Encik Loh Zheng Tao.

Johan Pertandingan Bola Keranjang L12 MSSD Zon Bandar. Guru pengiring: Puan Lau Ling Chze dan Cik Thian Chen Fah. Jurulatih, Encik Tai Choon Siang.

Naib Johan Pertandingan Bola Keranjang P12 MSSD Zon Bandar.

Johan Kejohanan Balapan dan Padang MSSD Zon Bandar Tahun 2011. Jurulatih, Encik Lim Yuh Woei.

Karnival Bahasa Cina Daerah Kulai : Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap I dan Johan Pertandingan Bercerita Secara Kreatif Tahap I . Guru pengiring dan jurulatih: Cik Bong Hui Ling, Puan Lee Yen Yune, Puan Saw Siew Meng, Cik Tan Wei Ping dan Puan Wong Siew Lan.

Karnival Bahasa Cina : Johan Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap II, Pertandingan Bercerita Secara Kreatif Tahap II, Sagu Hati Pertandingan Bercerita kategori Bukan Bangsa Cina dan Sagu Hati Pertandingan kaligrafi kategori Bukan Bangsa Cina. Guru pengiring dan jurulatih Cik Ooi Shin Yi, Puan Chaow nyok Mui, Cik Lim Eng Hwa dan Puan Soo Kim Hong.

Karnival Bahasa Malaysia : Naib johan Pertandingan Bertulis (Kumpulan), Naib Johan Pertandingan Bercerita kategori Lelaki dan tempat ketiga Pertandingan Syarahan. Guru pengiri dan jurulatih :Puan Wong Kai Hong, Puan Siti Idora, Puan Chew Sin Yen dan Cik See Liun Lian.


Monday, April 4, 2011

Mesyuarat Agung PIBG Tahun 2011

Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 27 Mac 2011. Majlis dirasmikan oleh Encik Tay Chin Hein. Mesyuarat tersebut berjalan dengan lancar dan berjaya. AJK PIBG Tahun 2010 telah dicalonkan semula sebagai AJK PIBG untuk Tahun 2011. Sempena mesyuarat agung, penyampaian cenderamata kepada ibu bapa yang berjaya mengutip derma ikhlas yang tinggi telah diadakan. Selain itu, penyampaian biasiswa kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR 2010 dan bidang kokurikulum juga diadakan. Semasa berucap untuk merasmikan majlis, Encik Tay berpesan kepada murid-murid supaya sentiasa mengingati jasa guru dan menghormati mereka. yang dipertua PIBG,Encik Lim Oon Jin dan Guru Besar,Puan Soo Seow Yong berharap agar murid-murid sekolah ini dapat terus berusaha dengan gigih untuk mencapai kecemerlang dari segi akademik dan kokurikulum disamping mengamalkan sikap murni dalam kehidupan seharian.


Ketibaan tetamu jemputan khas, Encik Tay Chin Hein disambut oleh Puan Soo Seow Yong dan AJK PIBG.

Guru-guru yang datang bertugas mengambil kehadiran.

Ibu bapa yang hadir juga diminta menurunkan tanda tangan.

Tetamu jemputan khas, Encik Tay Chin Hein menandatangani buku pelawat.

Ibu bapa tertarik dengan buletin sekolah yang menarik.

YDP PIBG,Encik Lim Oon Jin berucap.

Puan Soo Seow Yong berucap.

Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Kulai 1& 2,Encik Cheng Shiaw Swie JP PIS memberi ucapan.

Encik Lim menyampaikan hamper buah kepada tetamu jemputan khas.

Encik Lim menyampaikan cenderamata kepada Encik Chee Kok Hui yang berjaya mengutip derma lkhlas sebanyak Rm 900.

Encik Lim menyampaikan cenderamata kepada seorang lagi ibu bapa yang berjaya mengutip derma yang banyak.

Bergambar dengan murid-murid yang berjaya mendapat 7A dalam UPSR Tahun 2010.