Yang Dipertua dan Naib Yang Dipertua PIBG dijemput oleh pihak sekolah hadir ke majlis sambutan Hari Guru.
Guru besar Puan Soo Seow Yong memberikan ucapan dalam majlis ini. Beliau mengatakan bahawa guru-guru bersungguh-sungguh mendidik dan membimbing murid-murid di sekolah. Guru-guru juga ada tugas lain di dalam sekolah. Beliau menasihati murid-murid perlu rajin dalam pelajaran sendiri supaya balas jasa budi guru-guru.
Selain itu, Yang Dipertua PIBG Encik Chong Jenn Horng juga menasihati murid-murid perlu belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seorang murid yang berkualiti dari segi JERIS.
Pihak sekolah menyediakan satu kek besar untuk semua guru dan staf sekolah. Guru besar menjemput semua guru dan staf sekolah bersama-sama memotong kek. Selepas ini, persembahan daripada pasukan pengakap dan kelab gimrama.