Kelab staf SJK ( C ) Kulai 1 telah mengadakan lawatan ke Sungai Lembing dan Kuantan, Pahang pada 5 dan 6 November 2010. Aktiviti tersebut diadakan sebagai aktiviti Hari Keluarga untuk ahli-ahlinya. AJK PIBG juga diajak pergi bersama. Kira-kira seramai 120 orang ahli dan ahli keluarga masing-masing serta AJK PIBG telah mengambil bahagian. Sebanyak 3 buah bas telah disediakan untuk rombongan ini. Terdapat juga ahli-ahli yang memandu sendiri. Destinasi yang telah dikunjungi ialah Teluk Cempedak, tokong-tokong, kilang mi mini, Bukit Pancing, Bukit Lembing, Muzium Sg.Lembing dan lain-lain lagi. Aktiviti ini telah menyediakan peluang yang baik kepada semua ahli dan keluarga mereka serta AJK PIBG berinteraksi secara mesra dan ceria. Hubungan erat yang terjalin antara semua pihak bermanfaat kepada keharmonian dan kesejahteraan semua.
Jalan Sekolah Cina, 81000 Kulaijaya, Johor. Tel:07-6631233 Fax:07- 6638218 emel:sjkc_kulai1@yahoo.com.my

Saturday, November 20, 2010
Hari Keluarga - Lawatan Ke Sungai Lembing dan Kuantan Pahang
Monday, November 8, 2010
Rancangan Kegiatan Sekolah Selepas Peperiksaan Bagi Murid-murid Tahun Enam 2010 (8) – Program Interaksi Pendidikan
Rombongan Lawatan Sambil Belajar dari Universiti Chuo, Tokyo, negeri Jepun telah mengunjungi SJK ( C ) Kulai 1 pada 2 November 2010. Rombongan tersebut yang diketuai oleh Profesor Morimo telah memilih SJK ( C ) Kulai 1 sebagai salah satu destinasi kajian pendidikan untuk penuntut-penuntut universitinya. SJK ( C ) Kulai 1 menyambut rombongan tersebut dengan tangan terbuka. Program Interaksi ini bukan sahaja memberi peluang pendedahan kepada anak-anak murid Tahun 6 untuk mengenali budaya dan pendidikan di negeri Jepun, malah juga menyediakan peluang keemasan untuk pihak sekolah mempromosi keunikan budaya, makanan, pendidikan dan keindahan negara yang tercinta.
Subscribe to:
Posts (Atom)