Sunday, August 24, 2014

Pesta Tanglung Kulaijaya 2014

SJK C Kulai 1 bersama 12  buah SJK C dalam Kulaijaya menganjurkan Pesta Tanglung Kulaijaya 2014. Pesta ini akan diadakan di dalam kawasan SJK C Kulai 1. Pesta ini akan bermula pada pukul 6.30 petang nanti. Pelbagai aktiviti dan persembahan akan disediakan untuk semua penonton. Pihak Penganjur mengajak semua ibu bapa dan murid dan juga penduduk Kulaijaya bersama-sama melawat ke  Pesta Tanglung Kulaijaya 2014 ini.


Tuesday, August 19, 2014

Prestasi yang baik daripada Pra-Sekolah SJK C Kulai 1

Empat orang murid daripada Pra-Sekolah SJK C Kulai 1 telah mewakili SJK C Kulai 1 ke Karnival Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris 2014.

Empat murid telah mendapat Johan dalam pertandingan bina ayat Bahasa Malaysia. Selain itu mereka juga mendapat tempat pertama dalam pertandingan bina ayat Bahasa Inggeris.

Guru besar Puan Soo Seow Yong mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu yang memberi latihan kepada murid-murid tersebut. Beliau juga menasihati murid-murid berusaha lagi pada masa depan.