Thursday, June 27, 2013

Kem Motivasi Tahun 6 2013

Pihak sekolah SJK C Kulai 1 telah menjalankan kem motivasi tahun 6 pada 15hb Jun 2013 (Sabtu).













Cemerlang dan Terbilang daripada Murid-murid SJK C Kulai 1

Murid-murid SJK C Kulai telah mendapat keputusan yang cemerlang dalam pertandingan luar sekolah.


Dalam Pertandingan Bertulis Daerah Kulaijaya pasukan murid SJK C telah mendapat Johan dan dalam Pertandingan Syarahan Daerah Kulaijaya peserta telah mendapat tempat ketiga.



Dalam Karnival Kesenian dan Kebudayaan Daerah Kulaijaya, murid-murid telah berserta dalam pertandingan tarian dan mendapat tempat ketiga.



Lim Zi Heng dari tahun 5 telah mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita peringkat Zon Bandar Daerah Kulaijaya 2013. Lim juga mendapat tempat kedua dalam pertandingan bercerita di Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Daerah Kulaijaya 2013.



Benjamin Ng dari tahun 3 telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan bercerita kreatif dalam Karnival Bahasa Cina peringkat Negeri Johor.




Chloe Racquelmae telah mewakili sekolah ke pertandingan syarahan Bahasa Inggeris peringkat Zon Bandar Daerah Kulaijaya 2013 dan mendapat saguhati.



Majlis Jamuan Hari Guru

Pihak sekolah SJK C telah mengadakan jamuan Hari Guru di Restoran Ji Guan pada 14 hari bulan Jun 2013 (Jumaat).




             Yang Dipertua PIBG Encik Chong Jenn Horng memberi ucapan.




            Guru Besar Puan Soo Seow Yong memberi ucapan beliau dalam majlis ini.



Acara Akur Janji Ahli-ahli PIBG SJK C Kulai 1 tahun 2013.




Pihak sekolah telah meanugerahi guru-guru yang berkhidmat di SJK C Kulai 1 lebih daripada 15 tahun.
 



Guru-guru yang tidak pernah mengambil cuti sakit pada tahun 2012 juga mendapat hadiah daripada pihak seolah.







Tuesday, June 11, 2013

Kejohanan Tarian Singa Nan Shi Antara Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013

Kejohanan Tarian Singa Nan Shi Antara Sekolah Peringkat Kebangsaan 2013 telah dijalankan pada 2 Jun 2013 (Hari Ahad) di dewan besar SJK C Kulai 1.

Pihak penganjur telah menjemput Pegawai Pelajaran Daerah Kulaijaya Datin Hajah Hasnah Binti Md Sem ke Upacara Perasmian Pembukaan. Semasa beri ucapan, beliau berkata bahawa aktiviti tarian singa adalah aktiviti yang bagus kerana aktiviti ini boleh bagi peluang kepada pelajar memupuk nilai kepimpinan. Beliau juga berminat dalam sukan tradisional semua kaum dan tarian singa adalah satu aktiviti tradisional yang sangat menarik. Beliau akan bercadang kepada KPM supaya aktiviti tarian singa dijadikan acara sukan dalam MSSM.

Penolong Pegawai Daerah Kokurikulum Encik Elanggovan A/L Savarimuthu semasa memberi ucapan pada Upacara Penutupan, beliau berharap agar semua persatuan tarian singa boleh terus meningkatkan aktiviti tradisional yang bersejarah ini. Beliau menggalakkan sekolah-sekolah supaya mengambil berat akan akademik tetapi tidak mengabaikan pencapaian murid dalam bidang kokurikulum. Aktiviti kokurikulum boleh membina jati diri pelajar supaya berdikari, saling menghormati dan belajar nilai-nilai moral.

SJK C Sawit, Kulaijaya telah mendapat johan dalam kategori sekolah rendah manakala johan bagi kategori sekolah menengah ialah SMK Mantin dari Negeri Sembilan. Di samping itu, Pasukan B SMK Kelapa Sawit menjadi johan dalam kategori Sekolah Menengah Kulaijaya.

















Wednesday, June 5, 2013

Lawatan Sambil Belajar di Kid Zania

Guru-guru dan murid-murid SJK C Kulai 1 telah melawat Kid Zania pada hari Isnin yang lepas (3-6-2013).
Kid Zania terletak di Curve NX, Mutiara Damansara, Selangor.

Kid Zania berasal dari Mexico, pada tahun 1996. Xavier Lopez yang mempunyai impian untuk membina satu tempat yang besar bagi kanak-kanak mengambil pengalaman bekerja. Di Kid Zania, kanak-kanak boleh menjadi orang dewasa memilih pekerjaan sendiri dan menimba pengalaman daripada pekerjaan itu.

Selain itu, kanak-kanak boleh belajar menyimpan duit, membelanjakan duit dan mendapatkan duit daripada pekerjaan mereka. Kanak-kanak boleh memilih pelbagai pekerjaan di Kid Zania seperti doktor, polis, penguam, tukang masak, doktor gigi, ahli bomba dan sebagainya.