Monday, October 29, 2012

Penyambutan Hari Kanak-Kanak 2012

Para guru dan murid SJK C KULAI 1 telah menyambut Hari Kanak-Kanak pada 24hb Oktober 2012 (Rabu). Murid-murid yang menyertai dalam persembahan telah menunjukkan semangat yang tinggi. Mereka sangat mengambil berat persembahan pada Hari Kanak-Kanak. Semangat 'buat sehabis baik' mereka boleh diberi pujian daripada pihak sekolah.

Selain itu, murid-murid juga menerima hadiah selepas persembahan Hari Kanak-Kanak.





















Majlis Akurjanji Lembaga Pengurus & PIBG Tahun 2012-2013

Majlis Akurjanji Lembaga Pengurus & PIBG Tahun 2012-2013 SJK C KULAI 1 telah diadakan pada 12hb Oktober 2012 (Jumaat) di Restoran Ji Guan, Kulai.










Sunday, October 7, 2012

Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2012


1 Malaysia!

Guru-guru dan murid-murid menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2012 pada hb 30 Ogos 2012 di dewan sekolah. Guru-guru dan murid-murid menyanyi lagu 1 Malaysia dan mengibarkan bendera Malaysia.

Guru besar Puan Soo Seow Yong menggunakan peluang ini untuk bertanya beberapa persoalan yang berkaitan dengan kemerdekaan negara kepada semua murid. Murid-murid yang dapat menjawab dengan jawapan dengan betul boleh mendapat cenderamata daripada Puan Soo.

Semua guru dan murid berasa bangga dan gembira untuk menyambut Hari Kebangsaan Malaysia 2012.


















Ceramah Gigi 2012

Pada hb 27 Ogos 2012, ceramah gigi telah diadakan di dewan SJK C KULAI 1.

Murid-murid tahun 1 telah menghadiri ceramah gigi ini. Jururawat gigi memberi ceramah tentang kepentingan dan cara untuk jaga kebersihan mulut. Selain itu, jururawat gigi juga berkongsi cara gosok gigi yang betul kepada murid-murid tahun 1.

Pada sesi Q & A murid-murid bergiat aktif untuk menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh jururawat gigi.
Murid-murid yang memberi jawapan boleh mendapat cenderamata daripada pihak jururawat gigi.