Thursday, January 20, 2011

Majlis Persaraan Cikgu Wong Siew Lean

Cikgu Wong Siew Lean bersara pada 19 Januari 2011. Pihak sekolah telah mengadakan majlis persaraan pada 18 Januari 2011 untuk meraikannya. Pada hari tersebut upacara dijalankan seperti biasa. Suasana pada hari tersebut meriah kerana ramai tetamu jemputan, sahabat handai dan bekas murid-murid didikan beliau turut hadir untuk meraikan bersama-sama. Kemeriahan majlis telah menonjolkan populariti beliau sebagai seorang tokoh guru yang disanjungi. Pada tahun 1960 hingga tahun 1965 beliau mendapat pendidikan sekolah rendahnya di SJKC Kulai 1. Selepas itu beliau melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Sultan Ibrahim,Kulai. Cikgu Wong menceburi bidang pendidikan pada tahun 1974. Pada tahun tersebut, beliau berkhidmat di SJKC Batu, Bukit Batu,Kulai sebagai guru sandaran tidak terlatih. Pada tahun berikutnya, beliau memohon bertukar ke SJKC Kulai 1 sehinggalah bersara. Semasa berkhidmat di SJKC Kulai1, beliau berjaya mengikuti kursus dalam cuti dan akhirnya ditauliahkan sebagai seorang guru tetap. Beliau telah berkhidmat selama 37 tahun di sekolah ini. Cikgu Wong Siew Lean seorang pendidik yang professional dan berdedikasi. Beliau pengasas Pasukan Tunas Putri SJKC Kulai 1. Beliau mempunyai bakat yang pelbagai. Selain menyanyi, menari, beliau juga mahir mengarang. Pada tahun 2004, beliau telah mengarang sebuah sajak khas untuk anak-anak muridnya menyertai Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina Tahap II dalam Karnival Bahasa Cina peringkat negeri. Karya sajak beliau yang bertajuk “Superman” telah berjaya mendapat johan. Kecemerlangan perkhidmatan beliau telah dianugerahkan APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) pada tahun 1993, 2003, 2007. Dari segi personaliti , beliau seorang yang bersopan santun, murah hati, rendah diri, dan penyayang. Anak-anak muridnya dilayan seperti anaknya sendiri. Beliau telah lama memikul tanggungjawab sebagai Ketua Unit Pelancongan Murid-murid Tahun 6. Dalam perjalanan melancong, sekiranya ada murid sakit, beliau akan menjaganya dengan sepenuh hati. Beliau juga berhati emas kerana sentiasa bersedia memberi bantuan kepada sesiapa sahaja yang meminta tanpa mengira latar belakang, status seseorang dan umur serta tanpa mengharapkan balasan. Beliau pakar dalam ilmu komputer. Beliau banyak membantu pihak sekolah dan rakan-rakan sejawat untuk menyelesaikan masalah teknikal komputer yang timbul. Beliau juga menyumbang dalam pengurusan pentadbiran sekolah secara bestari. Sungguhpun penat membantu sekolah dalam segala urusan, namun beliau tidak pernah merungut. Beliau tabah menghadapi segala cabaran kerjaya dan tugasan berat yang diamanahkan kepadanya. Beliau merupakan seorang tokoh guru yang unggul dan model contoh yang baik kepada kita.

Bergambar dengan Guru Besar dan para tetamu jemputan.


Pn Soo memberi ucapan.


Wakil-wakil murid memberi ucapan.


Yang Dipertua PIBG SJKC Kulai1, En Lim Oon Jin memberi ucapan.


Pengerusi Lembaga Pengurus SJKC Kulai 1&2, En Cheng Shiaw Swie JP PIS memberi ucapan.


Persembahan murid.


Lakonan riwayat hidup Cikgu Wong sebagai seorang pendidik.


Cikgu Wong Siew Lean memberi ucapan.


Pn Soo menyampaikan sijil penghargaan kepada Cikgu Wong Siew Lean.


Sijil penghargaan daripada PPD Daerah Kulai.


Pn Soo sebagai wakil Unit Pentadbiran menyampaikan hadiah kepada Cikgu Wong.


Yang Dipertua PIBG menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Wong.


Pengerusi Kelab Staf Cik Yong Yoke Keon memberikan sejambak bunga kepada Cikgu Wong.


Pn Chai Nyet Ngow sebagai wakil para rakan karib menyampaikan hadiah kepada Cikgu Wong.


Bekas murid-murid didikan beliau turut hadir meraikan.

Murid-murid Kelas 6A memberi cenderamata kepada cikgu kesayangan mereka.


Rakan-rakan sejawat menyampaikan sebuah lagu yang merdu khas untuk beliau.

Meraikan hari jadi beramai-ramai.


Doakan agar semua sihat walafiat.


Rakan sejawat dan bekas murid-murid meraikan hari jadi Cikgu Wong bersama-sama.


Menangkap saat-saat ceria yang bersejarah.


Kemeriahan majlis menonjolkan populariti Cikgu Wong sebagai seorang tokoh guru.


Cuba melengah-lengahkan saat-saat yang gembira.

Beredar dari dewan ditemani oleh pentadbir sekolah, tetamu jemputan dan guru-guru.



Murid-murid berbaris di tepi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Cikgu Wong.


Berhenti seketika untuk mengambil gambar dengan rakan-rakan sejawat.


Selamat tinggal Cikgu Wong! Kami tidak akan melupai Cikgu Wong.


Selamat tinggal kepada semua, kalian sentiasa dalam ingatan saya!

Saturday, January 8, 2011

Pendaftaran Murid-murid Tahun 1 Tahun 2011

Pendaftaran murid-murid Tahun 1 untuk sesi persekolahan Tahun 2011 telah diadakan pada 2 Januari 2011. Sejumlah 310 orang murid Tahun 1 telah hadir ke sekolah untuk tujuan tersebut. Setelah berbaris dalam barisan kelas masing-masing, murid-murid dibawa ke kelas untuk menyesuaikan diri, mengambil buku teks pinjaman dan menghantar borang-borang yang telah dilengkapkan. Sementara menunggu, para ibu bapa berkumpul di dewan untuk mendengar taklimat Guru Besar. Selepas itu, mereka membeli buku-buku latihan di koperasi sekolah. Aktiviti ini tamat pada 12.00 tengah hari.
Ibu bapa dan murid-murid Tahun 1 berhimpun di dewan.


Guru Besar Pn.Soo Seow Yong memberi taklimat kepada para ibu bapa.


Barisan guru penyelia kelas Tahun 1.


Pn.Ong Sew Lan, guru penyelia Kelas Tahun 1 Aktif membimbing anak-anak muridnya masuk ke kelas.


Murid-murid berada di dalam kelas untuk sesi orientasi dan berinteraksi.

Friday, January 7, 2011

Mesyuarat Guru Dan Minggu LDP

Mesyuarat guru dan minggu LDP bermula pada 27 Disember 2010 sehingga 30 Disember 2010. Mesyuarat guru dimulakan dengan pengurusan pentadbiran sekolah, diikuti dengan mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum, mesyuarat Jawatankuasa Hal-ehwal Murid dan akhir sekali mesyuarat Jawatankuasa Kokurikulum. Selepas ini, Latihan Dalam Perkhidmatan dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Perancangan-perancangan Tahunan dan semua informasi dari KPM, JPN dan PPD telah disampaikan dengan berkesan, termasuk Program LINUS Bahasa Malaysia Tahun 2, Matematik Tahun 2 dan semua mata pelajaran KSSR Tahun 1.


Pn Soo Seow Yong membuka tirai minggu LDP dengan mesyuarat guru yang pertama buat Tahun 2011.

Yakin dan ceria menyambut hari persekolahan Tahun 2011.

Kami sudah bersedia!


LINUS Bahasa Malaysia Tahun 2: Pn Lau Ling Chze


LINUS Matematik Tahun 2 : Cik Thian Chen Fah


KSSR Matematik Tahun 1 : Pn Chin Hoi Yee
KSSR Bahasa Malaysia Tahun 1 : Pn Wong Siew Lan


KSSR Bahasa Cina Tahun 1 : Pn Lee Yen Yune

KSSR Bahasa Inggeris Tahun 1 : Pn Lee Choon Keng

KSSR Sains Tahun 1 : Cik Chang Fui Ling

KSSR Pendidikan Moral Tahun 1 : Pn Hue Moi Mee

KSSR Pendidikan Muzik Tahun 1 : Pn Low Wei Ling

KSSR Pendidikan Seni Visual Tahun 1 : Pn Gian Siew Hua

KSSR Pendidikan Jasmani Tahun 1 : Pn Tang Chiew Gaik

KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 1 : Pn Ong Sew Lan


Lawatan Sambil Belajar Murid-murid Tahun 6

Selepas UPSR, pihak sekolah telah mengadakan rombongan lawatan sambil belajar pada 20 November 2010 hingga 26 November 2010. Aktiviti ini telah dirancang dan dikendalikan oleh Cikgu Wong Siew Lean. Beliau seorang guru yang berpengalaman dalam penganjuran lawatan. Atas perancangan yang teliti, banyak destinasi pelancongan tempatan yang menarik telah murid-murid kunjungi. Antaranya Kek Lok Shih Pulau Pinang, Tokong Ular, Gua Perak Ipoh, kebun teh dan kebun strawberi Tanah Tinggi Cameron, Taman Permainan Tanah Tinggi Genting, Menara Kuala Lumpur, Putrajaya, Pusat Sains dan Teknologi Nagara, Kubu A Farmmosa Melaka dan Kebun lebah-lebah Yong Peng. Kira-kira seramai 105 orang murid dan 12 orang guru pengiring telah mengambil bahagian. Atas semangat dedikasi guru-guru pengiring dan kerjasama murid-murid, rancangan ini dijalankan dengan lancar dan berjaya.

Bergambar di pintu depan Pusat Sains dan Teknologi Malaysia.

Kami berjaya menerokai rahsia mesin ini!

Menguji perubahan tenaga kenetik kepada tenaga elektrik.


Memperkenalkan produk coklat tempatan yang berkualiti tinggi dan berkhasiat.


Kami berada di puncak dunia-Menara Kuala Lumpur.


Bergambar di Gua Perak.


Menunjukkan arang yang siap dibakar.


Akhirnya kami berjaya, bak kata pepatah: "Genggam bara api biar jadi arang" .


Indahnya pemandangan di tepi Tasik Taiping!


Badan ular ini sejuk dan lembut !

Berehat sejenak di Taman Botanika Pulau Pinang.


Marilah rasa masakan kami!


Wah, enak sampai menjilat jari ! Belilah buah strawberi tempatan !

Bergambar di pintu masuk kebun strawberi sebelum beredar dari sana.

Kebun teh Tanah Tinggi Cameron.

Menaiki bot kayuh di Taman Permainan Genting.


Menaiki bot persiaran di Tanah Tinggi Genting.

Telaga Bukit Cina.


Tokong Bukit Cina,Melaka.


Menyaksi raptai persembahan drama seni di Kubu A Farmosa.